November 12, 2013

Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin

Assalamualaikum / salam sejahtera semua, 


Pasti ramai ibu-ibu lepas bersalin yang risau akan perubahan bentuk badan dan peut buncit serta menggeleber. Di sini saya share kan beberapa tips untuk membentuk kembali tubuh badan yang anggun dan perut yang kempis serta menawan.
Antaranya:

SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari

BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik

BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

Bagaimana supplemen Shaklee membantu?
perut buncit lepas bersalin
Set Slimming
 
Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja – ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah kebaikan dan fungsi ketiga2 vitamin ini dalam menangani msalah anda?

Lecithin
- Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
- Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
- mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
- Untuk metablisma lemak.

Herba Lax
- mercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
- kempiskan perut
- membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.

 Alfafa
~ Bertindak seperti kacip fatimah
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa haid.
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
~ Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami


Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 906151] 
♥ Contact No : 016-7113576 
♥ Email : suhaily.aj@gmail.com 
LIKE MY FanPage: El Naomie Vitamin's House

Shaklee Halal

Apakah definisi HALAL?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Logo Halal

Halal Shaklee

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

-bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
-perkataan Arab – “حلآل di tengah bintang;
-diikuti tulisan rumi “HALAL”;
-bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan -Arab;
-dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

SHAKLEE HALAL KE???

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
 
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Halal bukan sahaja perlu jelas dalam produk makanan, malahan apa-apa barangan yang kita gunakan seperti kosmetik, pakaian (e.g. kasut) dan juga perkhidmatan mcm insurans, perbankan, perniagaan dan lain-lain. Dalam kes pemberian status HALAL, pihak JAKIM akan memberikan status tersebut sekiranya pengusaha makanan/produk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Jadi bagaimana dengan produk Shaklee? Adakah ia halal? Takde pun logo HALAL Jakim kat botol-botol Shaklee?

Memang mencemaskan bukan? Cuba tengok kat botol vitamin Shaklee tu dengan teliti dan perhatikan di mana ia diperbuat (manufactured)? Kat mana? Yes, Shaklee di perbuat di sebuah kilang di Carlifornia, USA.
 
Sebenarnya, produk Shaklee telah mendapat HALAL Certificate oleh satu badan halal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA). Memanglah Shaklee tak menggunakan logo HALAL JAKIM, namun kalau kita bertanya dengan pihak JAKIM, mereka juga mengiktiraf Badan Islam Antarbangsa di beberapa buah negara di dunia termasuklah ISA ni. Ok, saya dah memudahkan anda untuk semak dengan membuat screen shot di website JAKIM di bawah INI
"Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara" - JAKIM
status halal shaklee ,pengesahan halal shaklee

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.

Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu.

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
 
status halal shaklee ,pengesahan halal shaklee
SIJIL HALAL SHAKLEE
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

November 06, 2013

Merancang Jantina Anak : Lelaki Atau Perempuan

MERANCANG ANAK LELAKI ATAU WANITA
BAYI LELAKI ATAU PEREMPUAN
Kadang-kala apabila wujud persoalan anak lelaki atau perempuan yang diingini, pelbagai jawapan akan diberikan. Ada yang berkehendakkan anak lelaki kerana anak lelaki dilihat lebih bersifat pemimpin dan akan menjadi ketua keluarga. Tidak kurang juga ada yang mendambakan anak perempuan kerana beranggapan anak perempuan lebih mudah dilentur dan diajar.

Malah persoalan anak lelaki atau perempuan ini dilihat sangat penting bagi sesetengah bangsa terutamanya masyarakat Cina yang lebih mengutamakan anak lelaki apabila berbicara tentang harta dan kesinambungan waris keturunan keluarga. Walaupun dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia, segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.

Dalam dunia perubatan, pilihan dan kaedah merancang jantina anak menjadi penting untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit bawaan baka seperti penyakit ‘hemophilia’ iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Justeru dalam konteks ini, jika jantina anak dapat ditetapkan, penyakit ini dapat dielakkan.

Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan pelbagai cara dan teknik dalam usaha merancang jantina anak. Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan yang sering diamalkan oleh masyarakat Cina. Menurut kaedah ini, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.

Mengikut teori sains, penentuan jantina ini adalah terletak pada benih pihak suami. Ini kerana benih lelaki atau sperma yang mengandungi berjuta-juta benih itu memiliki kedua-dua kromosom iaitu X dan Y manakala telur wanita hanya mengandungi kromosom X. Bagi menghasilkan anak lelaki, telur memerlukan kromosom Y daripada benih suami manakala kromosom X diperlukan bagi menghasilkan anak perempuan. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama. 

Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada ketika isteri melalui proses kesuburan iaitu pada hari yang ke-13 atau ke-14 selepas hari pertama haid. Pada masa ini, pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.

Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam vagina boleh diubah kepada keadaan sedikit beralkali, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Justeru, dalam hal ini, Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus. Kaedah ‘douching’ ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam vagina dan kemudian cecair khas dipancutkan kedalamnya. 

Manakala bagi mendapatkan anak perempuan, pasangan dinasihatkan agar melakukan persetubuhan 24 jam sebelum pengeluaran telur iaitu pada hari ke-11 atau ke-12. Pasangan dinasihatkan tidak melakukan persetubuhan empat atau lima hari selepas persetubuhan pertama berlangsung. Selain itu, kaedah ‘douching’ boleh digunakan dengan menggunakan cecair yang mengandungi sedikit asid seperti ‘Lactacyd’ setengah jam sebelum melakukan persetubuhan.

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa, seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, juga mendapati sekiranya pasangan berkehendakkan anak lelaki, ibu disyorkan supaya mengambil makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan makanan yang bergaram. 

Manakala bagi mendapatkan anak perempuan pula, pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan makanan berasaskan susu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. 

Dalam erti kata lain, makanan yang banyak kalsium menggalakkan kemungkinan untuk mendapat anak perempuan dan amalan pemakanan sebaliknya iaitu lebih sodium (garam) daripada kalsium, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki.

Menurut kajian, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut kaedah ini memiliki peluang memiliki anak dengan jantina pilihan di antara 75 hingga 80 peratus tetapi hasil akan menurun 55 hingga 65 peratus jika pengambilan makanan yang disyorkan ini tidak dipatuhi.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan menerusi tahap kepuasan isteri ketika melakukan persetubuhan iaitu ketika isteri mendapat kepuasan yang tinggi, cecair beralkali akan dikeluarkan seterusnya merangsang pergerakanan benih Y suami yang berupaya menghasilkan anak lelaki. Manakala proses sebaliknya pula bagi mendapatkan anak perempuan kerana dalam keadaan tersebut, cecair berasid yang merangsang pergerakan benih X akan dikeluarkan.

Selain daripada kaedah-kaedah yang disebutkan di atas, menerusi jaringan teknologi moden kini, penentuan jantina anak juga dapat dilakukan menerusi suatu kaedah yang dipanggil ‘chromatography’. Kaedah yang telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat ini menggunakan kaedah pemisahan benih X dan Y. 

Menerusi kaedah ini, benih lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian benih itu menjalani satu proses pemisahan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur. 

Terdapat banyak cara boleh digunakan untuk memisahkan benih Y dan X ini dan antaranya adalah Kaedah Ericson yang menggunakan albumin di dalam prosesnya. Walaubagaimanapun, cara ini tidak menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.

Alternatif lain untuk mendapatkan jantina pilihan adalah suatu kaedah yang ditemui dalam kajian ahli biologi Perancis, Patrick Schoun. Kaedah yang dinamakan Choice ini menggunakan Kitaran Polariti, iaitu suatu kaedah semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.

Kaedah ini memegang teori bahawa kitaran polariti dipengaruhi oleh suatu faktor yang disebut sebagai ‘faktor ionik’ dan dapat diramal seperti juga kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Semasa kitaran polariti berlaku, faktor ionik ini akan menghasilkan caj pada membran ovum (telur) dan sperma. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan menyuburkannya.

Justeru, apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan menghasilkan bayi lelaki.

Teknik yang telah dibawa ke Malaysia sejak 2001 ini mendapati terdapat kira-kira 70 hari dalam setahun untuk setiap polariti. Ini bermakna setiap pasangan suami isteri mempunyai kira-kira 70 hari dalam setahun untuk mendapat anak lelaki dan 70 hari lagi untuk mendapat anak perempuan. Manakala 200 hari lagi memberikan peluang sama rata untuk mendapat jantina anak yang diingini.
Berbanding kaedah-kaedah lain yang dinyatakan, kaedah ini terbukti 98.7 peratus berkesan menerusi ujian klinikal yang telah dijalankan.

Walaupun pelbagai kaedah diperkenalkan bagi membantu pasangan memiliki anak dengan anak pilihan, Allah s.w.t. jualah yang menentukan ‘biru’ atau ‘merah jambu’ yang dimiliki kelak. Apa yang penting, anak yang dilahirkan sihat dan cukup sifatnya walaupun bukan jantina yang dihajati.

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

Persediaan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berpantang dan Bekerjaya

 “Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.

Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu. 

Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?

Berhadapan situasi yang sama ketika melahirkan anak pertama membuat­kan penulis beranggapan amat penting mendapat­kan ilmu mengenai penyusuan sebelum beralih kepada peringkat seterusnya.


Foto
SITI NUR SURAYA - PERUNDING PENYUSUAN
Maklumat ini menjadikan ibu lebih sedar me­ngenai masalah yang dilalui serta cara mengatasinya. Mereka juga tidak akan berputus asa dan meneruskan pe­nyusuan eksklusif selama enam bulan, setahun seterusnya lengkap sehingga anak berusia dua tahun.
Mendengarnya seakan-akan mudah, namun tidak ramai terutama ibu berkerjaya yang baru melahirkan anak pertama mampu melakukannya dengan jaya. Ramai berhenti separuh jalan lantaran cabaran yang terpaksa dilalui serta kekangan masa yang begitu menghimpit sehingga lama-kelamaan penghasilan susu semakin sedikit dan tiada langsung.

Menurut perunding pe­nyusuan yang juga Pengarah Urusan Lunatots Sdn Bhd, Siti Nur Suraya Mohamed Ali, amat penting wanita yang baru kali pertama mengandung membuat persiapan mengenai ilmu pe­nyusuan dengan menghadiri kelas penyusuan susu ibu yang dianjurkan sama ada badan swasta atau hospital kerajaan. Ini bagi mendapat­kan gambaran jelas mengenai masalah penyusuan agar mereka tidak panik selepas melahirkan anak pertama.

Dalam pada itu, mula berbual dengan rakan sekerja atau saudara-mara yang menyusukan anak secara eksklusif enam bulan pertama dan terus menyusu sehingga usia bayi dua tahun walaupun bekerja.

“Melalui pemerhatian, ternyata ibu mengandung yang pernah melihat atau mendengar cerita kejayaan penyusuan susu ibu wanita lain akan lebih tertarik dan bersikap positif untuk menyusukan bayi berbanding ibu yang tidak pernah langsung mendengar me­ngenainya. Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk meneruskan penyusuan walaupun berhadapan cabaran atau masalah,” ujarnya.

Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting.

Jika kelahiran secara pembedahan, mereka perlu dibantu dalam usaha meletakkan bayi pada posisi sesuai untuk penyusuan. Ternyata, lebih awal proses penyusuan susu ibu berlangsung, lebih tinggi kadar kejayaan dan kelangsungan penyusuan susu ibu berlaku.

“Namun begitu, terdapat beberapa keadaan susu ibu sukar dirangsang, antaranya dipengaruhi cara kelahiran bayi. Bayi yang kurang sedar menghadapi kesukaran merangsang susu ibu pada awal kelahiran. Ibu perlu bertenang dan terus cuba menyusukan dan pada masa sama, boleh mula memerah susu bagi merangsang pengeluaran susu ibu,” katanya.

Ibu yang bertenang dan memahami apa yang berlaku akan lebih relaks dan ini merangsang susu ibu dengan baik berbanding ibu yang panik. Pada masa ini sokongan kaum keluarga dan pihak hospital juga amat diperlukan oleh ibu. Ibu boleh mula mengurut lembut payudara dan mandi air panas untuk merangsang pengeluaran susu.

Bagi memastikan pengeluaran susu lancar, ibu yang baru melahirkan anak perlu menyusukan bayi mereka sekerap mungkin (iaitu satu hingga dua jam sekali). Yakin dan teruskan penyusuan kerana menyusu sepatutnya adalah intuisi seorang bayi dan ia amat penting untuk merangsang pengeluaran susu ibu di awal kelahiran.

“Ibu yang melahirkan anak secara normal pula (bukan ditempatkan di NICU), penyusuan secara terus amat penting dan ibu tidak digalakkan mengepam untuk melihat jumlah susu dihasilkan. Tujuan mengepam di hospital hanyalah untuk merangsang pe­ngeluaran susu ibu dan satu hingga dua titik susu awal (kolustrum) sudah mencukupi untuk satu hingga dua jam bayi pada tiga hari pertama,” katanya.

Jelas Suraya, istimewa­nya susu ibu kerana ia anugerah Allah yang sentiasa berubah kandungannya mengikut keperluan. Susu ibu tidak mempunyai piawaian yang sama seperti susu formula di mana kandungannya boleh ditetapkan manusia.

“Susu bagi bayi yang baru lahir iaitu kolustrum berbeza bentuk, warna dan khasiatnya dengan susu matang. Ia pekat dan berwarna kekuningan dan keluar ketika bayi dilahirkan sehingga tujuh hari pertama dan penuh dengan antibodi sebagai perlindungan pertama usus dan sistem tubuh badan bayi. Campur tangan makanan lain seperti air suam dan susu formula boleh mengganggu proses perlindungan bayi,” katanya.

Bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu saja tanpa makanan lain seperti susu formula sehingga anak berusia enam bulan. Pastikan ibu mengepam susu ketika bayi tidur dalam tempoh tiga jam sekali (mengikut kesesuaian dan kelapangan jadual waktu ibu).

Untuk kesan berpanjangan, semua ibu digalakkan mengambil makanan sihat yang boleh membanyakkan susu ibu seperti halba, lobak putih, sawi dan minuman bermalt serta banyakkan minum air kosong dua atau tiga liter sehari.

Panduan ibu berkerjaya
Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:

1. Pam susu
Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.

2. Plastik atau botol penyimpan susu
Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.

3. Beg penyejuk (cooler bag)
Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.

4. Bra menyusu
Bra menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan bra biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan bra biasa, pastikan bra dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.

5. Pemanas susu ibu
Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.

Selepas anda menyediakan semua peralatan di atas, terdapat beberapa perkara yang harus diikuti bagi memastikan ibu bekerja mampu menyusukan anak secara eksklusif enam bulan dan seterusnya sehingga dua tahun antaranya:

Menyediakan susu perahan
Mulakan mengepam sebulan sebelum bekerja (iaitu dalam tempoh berpantang) bagi membiasakan de­ngan teknik mengepam serta membuat stok susu. Biasakan mempunyai lebih daripada stok susu lima hari bekerja di dalam peti ais beku.

Contohnya, katakan ibu bekerja 10 jam dan bayi mungkin menyusu dua jam sekali dengan kadar dua atau tiga auns sekali minum. Ini bermakna ibu perlu menyediakan 10 hingga 15 auns sehari. Ambil purata 12 auns untuk ditinggalkan sehari, maka ibu perlu menyediakan sebanyak 60 auns susu perahan beku di dalam peti ais.

Ini sekadar contoh bagi memudahkan ibu mengang­gar jumlah susu yang perlu diperah dan dikumpul sepanjang tempoh berpantang. Ia mungkin sedikit berbeza antara ibu dan bayi kerana bergantung kepada keperluan bayi itu.

Sebaiknya anda membawa susu perahan ke rumah pengasuh mengikut kadar yang diminum. Misalnya untuk sehari, anda boleh menyediakan sukatan dua atau tiga auns di dalam empat botol bersama campuran susu yang sudah disejukkan.

Mengepam susu tiga jam sekali ketika bekerja
Bagi ibu menyusu dan bekerja, mereka perlu mengepam susu setiap selang tiga jam selama 15 minit sebelah payudara. Pam elektrik yang mempunyai dua corong boleh menjimatkan masa dan membantu ibu berkerjaya bertenang dan gembira semasa menyusu.

Gunakan masa mengepam untuk melihat gambar anak, berzikir mahupun berfikir mengenai perkara baik yang menggembirakan. Pasti susu mudah mengalir keluar. Pam susu yang ri­ngan dan fleksibel memudahkan anda mengepam walau di mana saja sama ada di dalam kereta atau ketika anda terpaksa berhenti di mana-mana untuk mengepam susu.

Simpan susu di dalam beg penyejuk
Susu perahan serta peralatan mengepam boleh disimpan di dalam beg penyejuk untuk dibawa pulang ke rumah.

Makan dan minum dengan sihat
Ibu menyusu perlu me­ngamalkan lima jenis warna makanan dalam makanan tengah hari dan makan malam. Contohnya nasi (putih), ayam goreng (coklat), sayur campur (hijau), air jus oren (jingga) dan telur (kuning).

Terdapat beberapa makanan yang senang diamalkan untuk membanyakkan susu. Antaranya ialah minuman halba bercoklat dan teh moringa. Minuman ini adalah herba yang boleh memba­nyakkan susu ibu dan tidak memberikan kesan sampi­ngan terhadap bayi. Ia juga boleh diambil sejak dari dalam pantang.

Selain itu, sayur seperti lobak putih dan sawi dipercayai boleh membanyakkan susu ibu dan elok diambil oleh ibu menyusu.


info diambil dari:
http://www.hmetro.com.my/articles/Rangsangpengeluaransusuibu/Article

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
 (id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

Atasi Masalah Gastrik Dengan Supplement Semulajadi Shaklee


Assalamualaikum/ Salam Sejahtera semua ^_^

Anda selalu sakit perut seakan-akan pedih?? Adakah itu salah satu simptom gastrik??? Teruskan pembacaan untuk mengenali apakah itu gastrik dan simptom nya.

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut kita. Di dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mucus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulilah dengan izin Allah swt , penyakit gastrik ini boleh dirawati dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Namun, sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik dalam seseorang itu harus disiasat terlebih dahulu supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mucus pelindung perut lagi.

Punca-punca Gastrik
Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alcohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stress ekstrem dan jangkitan virus yang tertentu.

Simptom-simptom Gastrik
Terdapat ramai pesakit gastrik yang tidak mengalami sebarang symptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik ini akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut. Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami symptom-simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jikalau penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah. Symptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Supplement Shaklee untuk membantu mengatasi masalah gastric:
SET GASTRIK SHAKLEE
SET GASTRIC
Ostematrix
~ vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
~ membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati
~ kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

B Complex
~ bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda
~ melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita
~ berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Energizing Soy Protein (ESP)
~Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
~ nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan

Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...