PENTING KE PROTEIN NI?| Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan protein ini lebih dari sekadar bantu untuk kuruskan badan.
Protein secara asasnya berfungsi untuk membaiki sel-sel badan kita yang rosak dan lama. Dan keseluruhan badan kita ini terdiri daripada sel. Ringkasnya, bila sel kita sihat, makan badan kita turut sihat dan bertenaga.
Sebaliknya, jika sel-sel badan kita lemah maka kita lebih mudah sakit-sakit badan.
Protein boleh didapati di dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi.
Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.
KEPENTINGAN PROTEIN:
- Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
- Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
- Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
- Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.
Badan kita perlukan protein untuk tumbesaran yang sihat.
BADAN KITA TERDIRI DARIPADA SEL
Stuktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Dan yang penting, protein merupakan makanan kepada sel.