May 16, 2013

TEKNIK POWER PUMPING YANG MENAKJUBKAN DAN BERKESAN

Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan anak saya secara ekslusif hingga kini berumur 1 tahun 2 bulan. Ramai yang bertanyakan tips-tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini. Ada juga yang hampir putus asa apabila susu merudum dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin berkongsi mengenai satu teknik yang dinamakan POWER PUMPING dimana ianya dapat membantu para ibu yang mengalami masalah susu merudum.

JUJUR, saya juga pernah mengalami masalah susu merudum akibat PONTENG sesi mengepam di office hehe selama beberapa hari. Saya hanya pam sekali di office. Hasilnya, susu merudum dengan ketara sekali. Masa itu memang menyesal tapi saya tidak putus asa, saya terus lakukan power pumping selama beberapa hari. Alhamdulillah selepas itu, susu perahan saya bertambah dengan banyaknya :) Selain itu, saya juga konsisten mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. Boleh dapatkan set ini dari saya ;)
 
Apa itu Power Pumping?
Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?
1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu, kurang mengosongkan breast,sibuk bekerja dan tak sempat pam dan sebagainya.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?
Sebenarnya pada bila-bila masa tetapi seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?
Kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. 


Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. 

Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang bermasalah susu merudum atau ingin menambah stock susu. Semoga kalian ibu-ibu hebat berjaya !
!
 

Berminat Untuk Mencuba Set Penyusuan Shaklee??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...