Empat jenis personaliti
1. Mengarah
Bersikap teliti bukan ciri yang diutamakan bagi kanak-kanak
berpersonaliti ini. Malah jika dia mahukan sesuatu, dia mahukan ia
dengan segera. Dalam kerja sekolah pula, kerana kegopohan, mereka banyak
melakukan kesilapan ejaan atau kesalahan kerana kecuaian bukan kerana
tidak tahu. Tetapi mereka ini seorang yang sangat fokus jika mahu
melakukan sesuatu dan secara semula jadi mempunyai sifat sebagai ketua.
Di samping itu, dia mempunyai semangat persaingan. Pada dia kehidupan
sempurna adalah untuk mencapai sesuatu, mengatasi halangan-halangan dan
penyempurnaan.
Dalam belajar berenang, biasanya kanak-kanak personaliti ini akan mudah
menyelam dan juga pada bahagian yang paling dalam. Dia juga akan
berusaha untuk terapung dalam air walaupun tercungap-cungap. Apabila
berjaya sampai di hujung kolam renang, dia akan cepat memberitahu pada
orang di sekitarnya yang dia sudah boleh berenang.
2. Relater
Mudah berurusan dengan orang berpersonaliti ini. Mereka seorang yang
pendiam dan sukakan suasana harmoni. Jika dalam suatu kumpulan sedang
bergaduh, mereka adalah seorang pendamai. Kanak-kanak golongan ini tidak
suka menjadi tumpuan dan lebih suka menjadi pemain dalam sesuatu
permainan daripada menjadi ketua. Jika menjadi ketua, mereka adalah yang
terbaik kerana seorang yang peka kepada keperluan ahli pasukannya.
Padanya kemenangan bukan caranya tetapi membuatkan orang sekeliling
gembira adalah yang terbaik.
3. Socializers
Adakan anda pernah melihat seorang yang suka senyum dan periang?
Kanak-kanak yang mempunyai sikap seperti ini mempunyai ramai kawan di
sekelilingnya. Walau di mana dia berada, dia pasti menarik ramai orang.
Mereka yang berperseonaliti ini adalah seorang yang menyeronokkan dan
menggembirakan. Walaupun kelihatan tidak mempunyai apa-apa dalam
fikirannya tetapi sebenarnya mereka adalah seorang yang pintar.
Bolehkah anda kesan personaliti ini semasa dia masih bayi? Jawapannya
boleh. Anda akan dapat melihat dia seperti bayi yang gembira dan mudah
diuruskan. Dia kelihatan mesra walaupun bersama orang asing. Yang
penting dia suka bercakap dengan orang. Walaupun ketika itu diba belum
pandai bercakap, dia akan membuat bunyi.
4. Pemikir
Kanak-kanak berpersonaliti in seorang yang teliti dan mahukan sesuatu
yang sempurna dalam setiap apa yang dilakukkan. Dalam hubungan sosial,
dia tidak mempunyai ramai kawan tetapi mempunyai beberapa orang yang
rapat dengannya. Anda akan dapati dia akan melakukan kerja sekolah dalam
tempoh yang lama supaya ia kelihatan kemas dan sempurna. Ini kerana dia
tidak suka kerja yang dilakukan dalam keadaan kelam kabut. Malah dia
akan memastikan barang-barang miliknya disusun dengan teratur mengikut
susunan.
Pengetahuan ini menjelaskan bahawa setiap manusia mempunyai personaliti
yang berbeza, demikian juga dengan anak-anak anda. Oleh itu, ibu bapa
tidak boleh memaksa anak-anak untuk mempunyai kecenderungan atau
kesukaan yang sama.
Jika anak anda secara semula jadi adalah seorang pemikir, tetapi anda
memaksanya untuk mempunyai ramai kawan, ia bukan mudah baginya.
Sumber :Pa&Ma Karangkraf
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151)
♥ Contact No : 016-711 3576
♥ email : suhaily.aj@gmail.com
♥ PM di FB : El Naomie
No comments:
Post a Comment