Kami buat macam tahun lepas juga, simple sahaja. Lagi pun kat sekolah dah disediakan makanan. Kami cuba bagi kek dan goodies. Bagi budak-budak happy la ni misi kami hehe.
Kelas Dhia ada 25 orang je. So, saya beli 1 biji kek je. Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Terpaksa patah balik ke SR jugak sebab tahun lepas beli kek dari kedai kek lain tapi tak sedap. So taubat la hehe apa pun beli kek kat SR InshaAllah puas hati. Walaupun deko SR out sikit, , tapi rasa dia tip top. Mesti budak-budak suka kek coklat ni hehe
Tapi kalau korang memang ada kenal bakers yang confirm sedap, okay je. Kitorang takde kenal mana yang sedap. Kalau ada kenal bakers yang sedap dan pandai deko, untungg sangat korang tau.
Pernah dulu ada sedara beli kek dari bakers kat area taman dia. Cantik sangat kek tu tapi rasa sangat out. Hampa la sedara tu sebab kek tu mahal. Mungkin mahal dari segi dekonya kot.
Takpe la, bukan rezeki la tu kan. Sabar je. Ada la rezeki lain Allah nak bagi nanti.
Ini la kek Chocolate Indulgence kesukaan budak-budak dan mak budak jugak hehehe. Moga budak-budak suka dan happy.
Goodies pun kitorang memang simple ya amat hehe. Last year beli stationey set kat DIY dengan swiss roll.
Tahun ni saya bagi pensel yang ergonomik untuk kanak-kanak + pemadam alphabet + pembaris yang boleh lukis dalam dia dan swiss roll. Memang tak nak bagi jajan sangat. Swiss roll tu pun kira jajan kan, tapi bagi can la 😁
2. Lepas print. Gunting ikut petak yang kita nak tampal. Ambil salotape, tampal atas kertas tu.
3. Ambil mangkuk, isi air paip. Rendamkan kertas yang dah di gunting tu.
4. Bersihkan sisa kertas putih. Wording print tu akan melekat kat salotape. Yang kertas putih akan tanggal. So, jadilah sebuah sticker transparent hehehe
Tadaaa jadi la kan. Dah isi goodies, lipat dan tampal belakang dengan washi tape. Washi tape ialah salotape warna warni yang senang kita jumpa kat DIY. Tak berani nak guna stapler. Mana tau budak-budak termakan. Hehe tinggi betul imaginasiku. Takpe la, baik kita mencegah kan.
Ok la, jom tengok gambar Dhia dan kawan-kawan kat tadika ☺️
Semoga Dhia Soffea menjadi anak yang solehah, ceria, sihat, berakhlak dan cemerlang di dunia dan di akhirat, aamiiin
No comments:
Post a Comment