March 11, 2018

SIAPAKAH INSAN YANG BERNAMA DR FORREST C. SHAKLEE?

SIAPA DR FORREST C. SHAKLEE?

Dr Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894. Beliau menghidap batuk kering dan semua doktor mengatakan yang beliau tidak mungkin akan hidup lebih lama.

Ibu bapanya percaya dalam perawatan secara semulajadi. Ini telah membawa mereka untuk berpindah ke utara di mana di situ tanahnya yang subur menghasilkan makanan yang berkualiti. Bagi mereka, kesihatan yang baik sangat berhubung rapat dengan pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan bersenam.



Beliau telah menidakkan anggapan semua doktor bahawa beliau akan pendek umur. Setelah mengamalkan pemakanan yang baik, menghirup udara yang segar dan bersenam, tahap kesihatan beliau mula meningkat. Dan apa yang terjadi bukannya magic. Tapi perlukan usaha. Beliau memilih usaha secara alami. 

Apabila Dr. Shaklee ditanya mengapa beliau memutuskan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan kiropraktik dan bukannya menjadi seorang doktor perubatan, katanya, "Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit".



Dr Shaklee memulakan tugasnya di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Beliau bercakap kepada pesakit tentang diet mereka, dan mencipta diari pemakanan terperinci untuk memantau perkembangan pesakit. 



Produk pertama Dr Shaklee pada tahun 1915, dikenali sebagai "Vitalized Mineral" di mana beliau mengasingkan sebatian semula jadi daripada sayur-sayuran untuk mengumpul nilai mineral mereka. Pada tahun yang sama beliau berhubungan dengan ahli biokimia Poland, Casimir Funk, yang menamakan sebatian beliau sebagai "vitamin". Ini adalah penggunaan pertama perkataan vitamin di dunia.

Dr. Shaklee adalah ahli kiropraktik yang juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia, falsafah, dan ketuhanan. Pada tahun 1924, Dr Shaklee membina pusat penjagaan kesihatan yang lengkap dengan kakitangan kiropraktik, osteopaths, doktor, pengamal am dan pakar bedah. Buat kali pertamanya, formulasi Dr. Shaklee sebagai makanan tambahan telah dibungkus dan diagihkan.

Pada tahun 1928, beliau mewujudkan panduan pemakanan dan beliau mencadangkannya kepada semua pesakit. Diet ini adalah serupa dengan piramid makanan yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, iaitu dengan penekanan terhadap bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran serta lemak dan gula secara minimum.

Beliau mengamalkan kiropraktik sehingga dia berusia 65 tahun. Kemudian beliau melancarkan Perbadanan Shaklee untuk memasarkan produk beliau dan menghabiskan hayatnya untuk penyelidikan kesihatan. Impiannya adalah untuk berkongsi produk kesihatan demi menjana kesihatan yang lebih baik hingga ke seluruh pelusuk dunia.

Dr Forrest C. Shaklee, dan dua anak-anaknya, Forrest, Jr. dan Raleigh melancarkan atau menubuhkan syarikat Shaklee Products pada tahun 1956

Secara ringkasnya :







No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...