May 23, 2019

6 TIPS MENJADI WAHM BERJAYA

Sekarang ini ramai kaum ibu/wanita/isteri yang memilih untuk buat duit dari rumah kan 😍

Mereka ini dipanggil sebagai Wahm (Working At Home Mother) 


Sebenarnya buat duit dari rumah pun kena ada attitude macam masa bekerja makan gaji juga.

Malah lebih lagi. Kalau 25 jam asyik nampak bantal empuk, sofa gebu, memang tak ke mana la jawabnya hehe. Tak cakap orang, cakap pada diri sendiri juga.

💞 TETAPKAN MASA BEKERJA

Tetapkan bila dan berapa jam kena peruntukkan masa untuk kerja.

Contoh : start kerja dari pukul 8 pagi - 12 tengahari. Minimakan gangguan. Tutup social media, wassap, tv, youtube etc.

Ada sesetengah wahm, bila dah bekerja di rumah, dia bersikap sambil lewa. Sangkanya bila jadi wahm boleh lebih banyak rehat berbanding semasa kerja makan gaji. Kalau banyak rehat, maka bisnes tak jalan. Bila bisnes tak jalan, duit pun tak masuk. Tak best kan gitu 😅

💞 LATIH DIRI UNTUK BERDISIPLIN

Walaupun kat rumah takde bos yang pantau, kita jangan la rasa best syiok sangat. Latih diri untuk berdisiplin. Tak rugi pun jadi orang yang berdisplin. Lagi untung ada lah

💞 FOKUS 200%

Penting ya fokus supaya kerja tu dapat disiapkan dalam masa yang cepat dan berkualiti. Elakkan masa terbuang sia-sia.

💞 BUAT TUGASAN IKUT PRIORITI

Bila di rumah, kita mesti ada tugasan 'rumah' kan. Contohnya jaga anak, memasak, membasuh, jadi supir anak-anak sekolah dan sebagainya. Prioritikan tugasan dan plan baik-baik. Dan mesti follow plan yang korang buat tu.

💞 KUMPUL DATABASE CUSTOMER

Database customer sangat penting. Bila dah dapat customer, pastikan simpan. Bila ada info, promo dan sebagainya, kita tinggal blast je. Trust pun dah ada. Lebih mudah closed sales pada customer lama daripada mencari yang baru.

💞 JAGA CASHFLOW

Cashflow kena jaga. Kena faham yang kita dah tak macam dulu, hujung bulan je confirm dapat gaji. Bila bisnes sendiri ni, kena pandai jaga cashflow. Baru la nampak untungnya.

Itu je nak share sedikit tips untuk yang baru jadi wahm. Semoga bermanfaat dan dimewahkan rezeki korang semua, aamiiin.

Good luck!💐

P/S : Yang mencari bisnes part time tapi masih tak tahu nak bisnes apa, jom join team Shaklee saya (Success Familia)🤗

#wahmsince2015
#wahmjourney
#Alhamdulillah

Boleh wassap saya di 016-7113576
www.wasap.my/60167113576

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...