April 04, 2020

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH MUDAH

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH MUDAH : Puding roti ni antara menu favourite suami saya. Dan kami suka yang versi bakar. Ada sesetengah orang suka versi kukus kerana lebih lembut. Kukus atau bakar both sedap. Lagi-lagi kalau orang yang buatkan hehe

Okay jom kita tengok resepi PUDING ROTI BERKUAH MUDAH
Selalu roti kitorang buat sandwich, sapu peanut butter la, buat roti telur la dsb. Kali ni tukar selera pulak hehe

Sekali hidang je habis 1 loyang makan 4 beranak 😄

Resepi Puding Roti Berkuah :

Sapu roti dengan butter/marjerin

Dalam 1 bekas lain, campurkan semua bahan dan kacau sebati :
2 cawan susu segar
2 biji telur
2 sudi besar gula castor
Sedikit butter (cairkan dulu) takde pun takpe
Roti 8 keping (potong kecik²)
Chocolate chip + kismis (tabur sebagai hiasan)

Lepas tu biarkan roti tu berendam kejap dalam 5 minit.

Lenserkan loyang dengan butter/marjerin. 
Masukkan semua adunan roti tu ke dalam loyang. Bakar pada suhu 160' selama 30-40 minit.

Untuk kuah :
Masukkan semua bahan di bawah dalam periuk dan kacau. Jangan buka api dulu.
1 tin susu cair
2 sudu gula perang
Esen wanila
2 sudu besar tepung kastard

Buka api perlahan sahaja dan teruskan kacau hingga kuah jadi berbuih dan pekat.

Dah siap! 😄


Puding Roti berkuah siap untuk santapan sekeluarga. Cuba lah untuk hidangan minum petang anda. 🤗

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...