Saya doakan anda semua dalam keadaan yang bahagia dan sihat sentiasa.
Hari ini saya nak kongsikan tentang pokok kunyit saya yang merimbun. Daunnya banyak dah hidup dalam satu pasu sahaja. Dari hari ke hari suami sebut nak asingkan pokok kunyit. Akhirnya masa musim PKP ni la baru berkesempatan nak alihkan.
Saya selalu dengar orang-orang tua cakap, kalau daun kunyit banyak maksudnya isi kunyit tak banyak. Dan sebaliknya. Jadi saya beranggapan mesti isi kunyit pokok saya tak banyak. Tapiii bila keluarkan...mashaAllah banyak...jakun la saya hehe sebab saya tak biasa menanam masa zaman bujang.
Jom tengok
No comments:
Post a Comment