7 ciri-ciri orang yang berjaya | Dalam hidup kita mesti ada matlamat. Untuk mencapai matlamat tersebut, kita perlu ada mindset yang betul. Jom kita lihat apa ciri-ciri orang yang berjaya.
Semoga ciri-ciri berikut adadan boleh dipupuk dalam diri kita.
1. Disiplin yang tinggi
Orang yang berjaya ada disiplin diri yang ketat. Orang yang tak berjaya membuat kerja dengan sambil lewa.
2. Pantas membuat keputusan dan pantas bertindak
Orang yang berjaya tidak membuang atau melengahkan masa untuk membuat keputusan. Otaknya ligat mencari solusi.
3. Fokus untuk jadi produktif
Menggunakan masa dengan sebaiknya. Merancang dan menyusun jadual dengan teratur.
4. Keluar dari comfort zone
Orang berjaya gelarkan comfort zone ni sebagai red zone (zon bahaya). Jangan terlalu selesa berada di keadaan sekarang. Cabar diri untuk buat lebih baik lagi dan ada KPI untuk diri sendiri
5. Normal manusia buat kesilapan. Ambil pengajaran dan jangan ulangi
Sentiasa ingat setiap pengalaman dan kesilapan itu memberi pengajaran untuk masa akan datang.
6. Ada Big Why dan kekal fokus
Sentiasa berada di platform yang betul dan tahu apa yang dia mahukan. Matlamat akan memandu kita untuk berada di landasan yang betul. Otak akan ligat untuk memajukan diri.
7. Berterusan menambah ilmu dan perbaiki diri
Jangan pernah rasa diri kita sudah sempurna. Teruskan perbaiki diri dan sentiasa belajar.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan mengalah dan teruskan berjuang. Do your best! ❤
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?
PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...
-
Assalamualaikum dan salam ceria semua, Saya doakan semua dalam keadaan hebat dan gembira bersama insan-insan yang tersayang. Ramai ...
-
Testimoni ResV : Polifenol Bantu Kurangkan Simptom Pra Menopause. Menopause ialah satu keadaan yang di alami oleh wanita lewat usia akibat k...
-
Carotomax Shaklee baik untuk mata | Bukan badan je perlukan vitamin, tapi mata pun sama. Mata yang rabun biasanya setiap tahun semakin naik....
No comments:
Post a Comment