June 11, 2020

BAHAYA ASID LEMAK TRANS

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua,

Hari ini saya nak kongsikan artikel dari Dr Norman tentang Bahaya Asid Lemak ‘Trans’

Apa Itu Asid Lemak Trans

Asid lemak ‘trans’ terhasil daripada minyak tumbuhan yang ditambah hydrogen melalui proses ‘hidrogenasi’ untuk menjadikan ianya pepejal seperti marjerin dan mentega.

Tujuan proses ini dilakukan adalah untuk menambah kestabilan  makanan dan melambatkan tempoh makanan itu menjadi rosak.  Malangnya proses ini menyebabkan terhasilnya asid lemak ‘trans’ ini.

Banyak kajian sains yang menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak trans meningkatkan paras kolesterol  tidak baik atau kolesterol LDL dan merendahkan paras kolesterol baik atau kolesterol HDL.

Oleh kerana itu ianya juga meningkatkan risiko mendapat masalah penyakit jantung koronari, darah tinggi, stroke dan kolesterol berlebihan. Terdapat sesetengah pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan asid lemak trans ini adalah lebih buruk daripada pengambilan lemak tepu terus dari sumber haiwan.





Dalam zaman moden ini, penggunaan asid lemak trans ini amat berleluasa hingga hampir mustahil untuk seseorang mengelak daripada memakannya setiap hari.

Hampir semua makanan proses menggunakan asid lemak trans seperti mee segera, biskut, pizza, kuih-muih, kek , pastri, kerepek, donut, kentang goreng, jajan dan sebagainya. Kebanyakan makanan-makanan ini menggunakan marjerin atau mentega.

Makanan segera seperti ‘berger’ yang dijual  ditepi jalan atau direstoran makanan segerajuga mengandungi asid lemak trans yang tinggi kerana ia digoreng menggunakan marjerin atau mentega. Disamping itu ia juga menggunakan banyak perasa dan bahan pengawet. Kurangkanlah pengambilan makanan seperti ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi.

Untuk tidak mengambil lansung makanan yang mengandungi asid lemak trans ini adalah amat susahdan mustahil bagi kita yang hidup dizaman moden sekarang, tetapi yang lebih penting ialah mengurangkan pengambilannya ketahap yang paling  minimum yang mungkin. 

Oleh kerana itu elakkan dan kurangkan  pengambilan makanan proses semaksima yang mungkin.

Makanlah lebih banyak makanan asli dan natural seperti nasi, buah-buahan, roti berserat penuh, sayur-sayuran dan protin. Kurangkan makanan bergoreng atau makanan segera yang digoreng dalam (deep fried). Lebihkanlah pengambilan makanan yang dibakar, kukus dan rebus.

Bacalah pembalut plastik makanan segera yang kita beli dan telitilah pada labelnya dan perhatikan perkataan seperti ‘ hydrogenated vegetable oils’  atau ‘partially hydrogenated vegetable oils’ dan sebagainya. Ini adalah asid lemak ‘trans’ yang terkandung dalam makanan tersebut.

Terdapat sesetengah pengeluar makanan telah mula menggunakan minyak yang tidak mengandungi asid lemak ‘trans’ . Jika boleh gunakanlah marjerin yang tidak mengandungi asid lemak trans atau ‘nonhydrogenated’ yang dijual di pasaran.

Jagalah pemakanan anak-anak anda dengan tidak menggalakkan pengambilan makanan segera dan kerepek atau jajan yang mengandungi asid lemak trans ini. Sikap pemakanan yang sihat harus dipupuk sejak dari kecil demi untuk kesihatan yang lebih baik apabila telah dewasa.

Galakkan anak-anak makan buah-buahan yang jauh lebih sihat sebagai ‘snek’ harian atau sewaktu bersantai bersama keluarga.

Kredit : Dr Norman
.
.
.
.
.
Jadi ahli Shaklee serendah RM35 sahaja
Klik www.wasap.my/+60167113576 untuk mendaftar
.
.
Jom sertai saya bersama Shaklee capai TARGET dan income tambahan
.
Coordinator El 📲 0167113576
www.wasap.my/60167113576
7 years' experience in Shaklee's Nutrition

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...