June 11, 2020

CARA MEMBERI MOTIVASI KEPADA DIRI SENDIRI

Cara Memberi Motivasi Kepada Diri Sendiri | Motivasi merupakan satu pencetus kepada semangat dan tindakan kita seharian.

Ramai yang mencari-cari motivasi dengan membaca buku motivasi, mendengar dari speaker yang memberikab motivasi dan sebagainya.

Katanya, motivasi yang kita dengar atau baca ini hanya bertahan dalam 48 jam sahaja dan selepas itu kita mula lupa. Untuk elakkan lupa, kita harus ambil intipati kata-kata motivasi itu  dan masukkan dalam kehidupan harian kita.

Jom tengok apa tindakan yang boleh memberi motivasi kepada diri kita sendiri :

1. Berhenti Menyalahkan Orang Lain
Seringkali kita mudah menyalahkan orang lain atau persekitaran kita sebagai punca kita tidak bermotivasi.

Kita salahkan agent kerana sales tak naik. Kita salahkan mak ayah kita kerana tak beri kita kesenangan. Kita salahkan cikgu kerana kita tak pandai. Dan sebagainya.

Kita ubah. Salahkan diri kita atas apa jua kegagalan yang berlaku. Take it positive. Cari jalan dan ambil pengajaran atas apa yang terjadi. Di masa mendatang, kita dah tak akan ulang kesilapan yang sama.

2. Bangun Pagi
Percayalah bahawa ada keberkatan dengan berpagi-pagian. Bangun seawal jam 5 pagi. Lagi awal lagi bagus. Bergantung kepada diri anda untuk tetapkan pukul berapa.

Bangun awal pagi untuk solat. Kemudian boleh terus fokus kepada apa yang anda nak usahakan. Contohnya anda boleh siapkan kerja anda dalam 2 jam secara fokus. Di waktu pagi ini, minda kita fresh dan banyak idea-idea yang datang.



3. Bersenam
Kadang kala kita rasa mood kita down, tak bersemangat kerana fizikal kita juga lemah.
Apa yang kita boleh buat ialah bersenam setiap hari.

Jadikan rutin harian. Lepas bangun pagi, solat, siapkan kerja selama 2 jam. Lepas itu, kita boleh mulakan exercise selama 30 minit. Kita boleh bersenam di rumah mahupun brisk walk di taman sambil menghirup udara segar.

4. Jaga Makan
Minda yang sihat datangnya dari badan yang sihat. Isikan perut kita 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan selebihnya untuk udara.

Jangan makan sehingga kekenyangan. Badan pun jadi lemah, begitu juga memberi kesan kepada semangat kita. Pilih makanan yang seimbang dan bernutrisi. Ini termasuklah carbs, protein, vitamin b, vitamin c dan sebagainya.

5. Dekatkan Diri Kepada Allah SWT
Untuk yang beragama Islam, tetapkan masa untuk beribadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.

Percayalah, dengan mendekatkan diri kepada Allah, kita akan lebih positif, tenang, ceria dan bersemangat. Ini kerana, apa jua yang kita lakukan dengan niat kerana Allah Taala.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Teruskan memotivasikan diri dan orang di sekeliling kita. Banyakkan bersyukur ya 😊
.
.
.
.
.
Jadi ahli Shaklee serendah RM35 sahaja
Klik www.wasap.my/+60167113576 untuk mendaftar
.
.
Jom sertai saya bersama Shaklee capai TARGET dan income tambahan
.
Coordinator El 📲 0167113576
www.wasap.my/60167113576
7 years' experience in Shaklee's Nutrition

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...