June 09, 2020

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJA

Tips Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja|Alhamdulillah sekarang ramai ibu-ibu yang sudah mula ada kesedaran tentang kebaikan penyusuan susu ibu.

Antara kebaikan penyusuan susu ibu ialah :
  • Antibodi bayi akan meningkat terutama kolostrom semasa awal kelahiran
  • Meningkatkan bonding antara ibu dan bayi
  • Mengecutkan rahim dengan lebih cepat selepas melahirkan
  • Ibu mudah menurunkan berat badan bila menyusukan bayi secara ekslusif
  • Bayi lebih sihat, kuat dan ceria.


Untuk ibu bekerja, pastinya anda berasa risau bagaimana untuk tetap menyediakan susu ibu untuk si manja tersayang. 

Susu ibu ini ialah rezeki anak-anak. Ada orang yang susunya banyak, ada yang sedikit tetapi jangan risau. Susu boleh bertambah bila diberi stimulasi. Ikuti konsep supply dan demand. Tinggi demand, tinggi lah supply.

Perjalanan Saya Dalam Penyusuan Susu Ibu

Saya juga adalah seorang ibu bekerja yang menyusukan anak saya secara ekslusif dengan susu ibu selama 2 tahun. 

Jom saya kongsikan tips penyusuan untuk ibu bekerja agar kita sama-sama dapat ikhtiar untuk berikan yang terbaik untuk permata hati ibu-ibu.

Tips Penyusuan Ibu Bekerja :

1. Gali Ilmu Penyusuan Sebanyak Mungkin
Apa pun yang kita nak lakukan perlu lah dimulakan dengan niat dan mencari ilmu. 

Nekad dengan sepenuh hati bahawa ibu akan berusaha dan sabar selama melengkapkan tempoh penyusuan bayi selama 2 tahun.

Carilah ilmu penyusuan semasa anda mengandung lagi. Banyakkan bertanya kepada ibu-ibu yang ada pengalaman dan positif tentang penyusuan susu ibu.

2. Dapatkan Pam Susu Yang Berkualiti
Pam yang berkualiti ialah satu pelaburan yang sangat berguna. Pastikan dahulu di mana anda akan pam susu semasa berada di pejabat.

Jika ada bilik khas seperti bilik penyusuan atau surau atau tempat yang tertutup, saya syorkan anda beli pam elektrik yang boleh pam sekaligus kiri dan kanan dalam satu masa. Dulu saya gunakan double pump Spectra 3. Jimat masa dan cepat.

Jika anda tak boleh meninggalkan tempat duduk anda, anda boleh beli pam elektrik atau guna bateri. Pilih lah yang berkualiti. Mahal sedikit tak mengapa. Ianya sangat memudahkan. Sahabat saya mengepam dari tempat duduknya sahaja. Saya sendiri tak perasan yang beliau sedang pam. Tiada bunyi dan dia kelihatan bekerja seperti biasa. Tiada orang yang sedar! Hehehe

Ada seorang sahabat saya yang lain pula, pam ketika dalam seminar dan dalam meeting. Pun takde yang perasan. Muka selamba dan serius sahaja. Itu pun beliau yang beritahu saya hahaha

Betapa pam yang berkualiti sangat memudahkan kerja ibu untuk mengepam susu ❤

3. Sediakan juga aksesori penyusuan seperti beg sandang, cooler bag, botol susu untuk simpanan susu, ice pack.
Saya syorkan ibu-ibu pergi ke kedai atau butik khas yang menjual peralatan penyusuan dan barangan bayi. Ada consultant yang boleh membantu. Dan anda boleh cuba sendiri pam susu. Juga saya sarankan untuk dapatkan bra untuk menyusu.

4. Sebelum bersalin, tanya siap-siap pada majikan di mana boleh anda mengepam susu.
Bincang baik-baik dengan majikan untuk mengepam susu di mana. Pam hanya mengambil masa 15 minit hingga 30 minit.

Untuk saya, saya mengambil masa 30 minit. 
Saya pam 1 kali pada awal pagi sebelum masuk kerja iaitu pukul 7.30pagi. 

Tengahari pula dalam pukul 11.30 dan jam 5 petang. 

Saya hanya mengambil 1sesi dalam waktu bekerja. 2 sesi lagi sebelum dan selepas waktu kerja.

5. Mulakan mengepam susu 2 minggu selepas melahirkan.
Dalam waktu berpantang, anda boleh mula simpan susu perahan 1 botol (5oz) sehari. Nanti anda akan lihat betapa banyaknya susu untuk si manja anda bila anda dah mula bekerja.

Bila anda nak berikan susu perahan, sebaiknya minta orang lain yang berikan. Panaskan dahulu dengan rendam di dalam bekas yang diisi air panas. Dulu, saya beli warmer je. Lebih mudah.

6. Beritahu pengasuh yang anda akan berikan susu ibu.
Ada pengasuh yang tidak tahu cara mengendalikan susu ibu. Jadi anda boleh terangkan kepada pengasuh cara-caranya.

Saya hantar bayi ke nursery. Saya sediakan 1 cooler bag beserta 5 botol susu ibu (4-5oz setiap satu botol) beserta ice pack , botol susu dan warmer.


7. Bertenang semasa mengepam
Semasa pam, ibu jangan stress risau dan sebagainya. Boleh pam sambil lihat gambar bayi anda dan bayangkan anda memang sedang menyusukannya. 

8. Jaga pemakanan seimbang, air dan amalkan vitamin Shaklee
Dalam tempoh penyusuan terutama setahun yang pertama, saya langsung tidak mengambil kopi atau teh kerana ianya tinggi kafein.

Sediakan botol air 1 liter agar kita tahu berapa banyak air yang kita dah minum. Saya target 3 liter semasa tempoh bekerja.

Makan jangan kurang atau terlebih. Makan kena seimbang. Ada karbo, ada protein, ada sayur-sayuran.

Saya juga syorkan ibu-ibu amalkan vitamin yang mencukupi. Ini kerana apa yang kita makan akan disalurkan kepad bayi melalui susu ibu. Selalu kita lihat ibu bekerja yang menyusukan kelihatan letih, lesu, dan kulit kelihatan kusam.

Ini kerana kekurangan nutrisi untuk tubuh ibu sendiri di samping kurang tidur di sebelah malam.

Makan vitamin bukan semata-mata kerana milk booster, tetapi ianya lebih kepada menjaga kesihatan ibu, memberi tenaga, memberi mood yang gembira dan kulit juga bertambah cantik ❤

Nutrisi yang diperlukan Ibu Menyusu
Nutrisi Dan Zat Yang Diperlukan Oleh Ibu Menyusu Bekerja

  • Zat besi
  • Kalsium
  • Vitamin C
  • Vitamin B
  • Protein
  • Omega-3
  • Alfalfa

Set Lengkap Untuk Ibu Menyusu

Testimoni Ibu Menyusu Shaklee

Jom dapatkan Milk Booster anda hari ini.

Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee beserta free consultation.

Daftar Sebagai Ahli Shaklee Untuk Penjimatan Hebat

Bayaran ahli ini hanya RM35 atau Free Membership dengan belian produk minimum 100uv (lebih kurang RM400 ++ mengikut jenis produk). Renew membership secara percuma dan automatik setiap tahun pada harijadi anda.

Dengan syarat ada buat belian walau pun 1 produk sahaja dalam masa 3 bulan sebelum tarikh lahir anda. Mudah kan? Dan sangat berbaloi.

BAGAIMANA BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH? 

Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33%? Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee? Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah “JOIN NOW” untuk daftar sendiri keahlian anda.



Klik di sini untuk Daftar Sebagai Ahli Shaklee Untuk Lebih Penjimatan

ATAU, anda boleh whatsapp saya untuk saya daftarkan dan untuk buat belian produk.


===========

CARA ORDER :
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke +60167113576

Link whatsapp, KLIK > Klik untuk terus ke Whatsapp

Setiap customer yang membeli produk Shaklee dari saya boleh dapatkan free consultation dari saya.

COD Shaklee Kulai, COD Shaklee Senai, COD Shaklee Skudai, COD Shaklee Taman Universiti, COD Shaklee Tampoi, COD Shaklee Bandar Baru Uda, COD Shaklee Kota Tinggi, COD Shaklee Johor Bahru, COD Shaklee Pasir Gudang, COD Shaklee Singapura (Singapore)
  • Email : suhaily.aj@gmail.com
  • Like Fb Fanpage : Success Familia
  • Instagram : el_naomie
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...