Showing posts with label Punca Rambut Gugur. Show all posts
Showing posts with label Punca Rambut Gugur. Show all posts

September 24, 2019

PEREMPUAN BANYAK MASALAH RAMBUT GUGUR?

PEREMPUAN BANYAK MASALAH RAMBUT GUGUR??

Eh yeke perempuan je? Sebenarnya lelaki pun ramai ada masalah rambut gugur. Kalau kita orang perempuan ni selalu isu rambut gugur keluar bila dah lepas bersalin, masa anak umur 3-4 bulan ke atas.

Dari rambut tebal, berkilau, bercahaya terus jadi nipis dan kusam. Bila usia meningkat, rambut gugur pun meningkat.

Jom tengok 5 PUNCA RAMBUT GUGUR :

1✅PENGGUNAAN BAHAN KIMIA.
Penggunaan bahan kimia berlebihan seperti pewarna rambut boleh merosakkan rambut hingga ke akar.Dan sebabkan akar rambut tak kuat dan gugur.

2✅HORMON TAK STABIL.
Biasa berlaku pada wanita yang hamil dan selepas bersalin.Ini disebabkan hormon yang tak stabil.

3✅FAKTOR GENETIK.
Faktor keturunan sukar dielakkan.Jika mak ayah mengalami keguguran rambut,ini boleh berlaku pada anak-anak.

4✅ALIRAN DARAH TAK LANCAR .
Aliran darah yang tak lancar boleh menganggu sistem badan termsuk rambut.Rambut mudah gugur bila aliran darah yang bawa nutrient dan oksigen kurang sampai pada rambut.

5✅PEMAKANAN.
Pengambilan makanan kurang zinc,vitamin B,A dan E serta pengambilan fast food secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut.



PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...