Showing posts with label Bagaimana Vitamin C menjadikan Kulit Cantik Dan Licin?. Show all posts
Showing posts with label Bagaimana Vitamin C menjadikan Kulit Cantik Dan Licin?. Show all posts

July 04, 2019

INI RUPANYA KEPENTINGAN MENGAMBIL VITAMIN C SETIAP HARI

Ini Rupanya Kepentingan Mengambil Vitamin C Setiap Hari | Badan manusia tidak menghasilkan vitamin C sendiri. Berbeza dengan haiwan seperti arnab dan lain-lain yang boleh menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Manusia perlu ambil dari pemakanan atau supplement.

Adakah kita hari-hari makan makanan yang ada vitamin C? Contohnya buah-buahan sitrus seperti oren, jagung dan lain-lain? Kebanyakan kita agak jarang ambil buah yang mencukupi setiap hari. Ini termasuklah kerana kekangan masa untuk membeli dan menyediakan stok buah-buahan yang mencukupi di rumah.

Ada sesetengah orang yang selalu rasa tak sihat. Mudah selsema. Mudah demam. Kulit kering. Kulit gatal. Mudah berjerawat dan sunburn. Gusi berdarah bila memberus gigi dan sebagainya. Tahukah anda ini adalah antara SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C.

"Jadi, apa pilihan supplement vitamin C yang bagus untuk saya ambil?"







Shaklee ada menyediakan dua  jenis vitamin C. Satu jenis telan. Satu jenis kunyah. Yang kunyah ni ramai orang suka ambil lepas makan nasi. Ala-ala gula-gula sihat hehe. Bau mulut pun sedap bau sitrus. Bukan hanya kanak-kanak je boleh kunyah chewable vitamin C ni. Orang dewasa dan orang yang ada masalah menelan pun boleh pilih jenis chewable vitamin C ini.

October 06, 2017

Inilah Vitamin Yang Saya Tak Pernah Tinggalkan


Inilah Vitamin Yang Saya Tak Pernah Tinggalkan | Bila bercakap pasal vitamin ni, paling penting konsisten. Ada orang makan minggu ni. Mimggu depan lupa nak makan. Last-last sampai expired. Haaa ada ke yang macam ni? Hehe rugi tau

.
Saya ni asal bermulanya makan vitamin secara serius dan konsisten sejak saya mengandung anak ke dua. Masalah hb low yang teruk. Tu pun saya jumpa Shaklee masa usia kandungan dah trimester ke tiga. Saya makan Vitalea (multivitamin) dan ESP (protein). Alhamdulillah hb saya naik meroket sampai ke 12.8.

Kemudian, saya teruskan makan Set Pantang Shaklee. Saya tak makan jamu langsung masa berpantang anak kedua. Alhamdulillah, sekali lagi kesan yang sangat awesome berbanding pengalaman berpantang anak pertama. Happy sangat dan itu titik tolak saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Saya teruskan lagi ambil vitamin Shaklee untuk membantu proses penyusuan. Kali ini, saya nekad untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya dengan susu ibu, sehingga usia 2 tahun. Namun, saya bukanlah jenis ibu yang susu semulajadi melimpah ruah. Saya perlukan usaha yang lebih untuk dapatkan hasilnya. Saya berjaya fully breastfeed anak saya sehingga 2 tahun. Setiap hari, menggalas beg pam untuk sediakan susu yang segar untuk kegunaan anak pada esok hari. Saya berpegang pada konsep more demand, more supply. Dan vitamin sangat-sangat membantu proses penyusuan saya.
.

APA KESAN KETARA SELAMA SAYA AMBIL VITAMIN DARI SAAT MENGANDUNG, BERPANTANG DAN MENYUSU? 

Selain kesan yang sangat memberangsangkan seperti badan bertenaga, mood saya happy. Bersemangat, dapat pam susu 5-6 botol (5oz) semasa berkerja 8 pagi ke 5 petang. Perjalanan berpantang saya juga indah.

Kesan paling ketara ialah masalah jerawat, kulit sensitif dan alahan pada seafood hilang begitu saja. Hilang sepenuhnya. Saya dah puas pakai itu ini, makan itu ini untuk hilangkan alahan, namun tak sembuh. Muka saya jerawat tidak keterlaluan banyak, namun kerap rasa gatal dan tak selesa. Kini, semuanya sembuh tanpa saya perasan sebab saya terlalu asyik dengan kerja dan jaga anak hehe. Kawan-kawan di pejabat juga tanya saya makan apa masa pantang sebab saya nampak lain. Yang diorang cakap, saya langsing, kulit cantik cerah dan tak ada jerawat lagi. Tak sangka mereka perasan perubahan saya. Diir sendiri yang tak perasan haha

Okay, nak tengok tak apa vitamin yang saya tak pernah tinggalkan?




Sebenarnya banyak lagi senarai vitamin yang saya makan. Ini adalah sebahagian yang saya konsisten makan. Lagi 1 vitamin yang saya sangat suka ialah Ostematrix. Maaf tak ada dalam gambar pulak.

Kini, dah lebih 5 tahun saya amalkan vitamin-vitamin ini. Sangat bahagia bila alahan, resdung sembuh sepenuhnya. Nikmat kesihatan terbesar yang Allah bagi. Tugas kita untuk jaga amanah kesihatan ini dengan sebaiknya. Allah tengok usaha kita dalam menjaga kesihatan, agar memudahkan kita untuk beribadah kepadaNya.

.
Ada yang mencari-cari vitamin Shaklee?
Boleh hubungi saya, Ell,
0167113576
.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'.. LIKE MY FanPage: Success Familia

October 21, 2014

BAGAIMANA VITAMIN C MENJADIKAN KULIT CANTIK, CERAH DAN LICIN?

Bagaimana Vitamin C Menjadikan Kulit Cantik, Cerah dan Licin? : Ramai yang tertanya-tanya bagaimana vitamin C menjalankan kerjanya dalam menjadikan kulit kita cantik, cerah dan licin bukan?  Dan adakah kandungan vitamin C dalam badan kita mencukupi?

Salah satu petanda bahawa badan kita mengandungi kandungan vitamin C yang rendah ialah apabila badan kita mudah terjadi lebam. Contohnya seperti bila terhantuk sedikit sahaja di meja makan mula lah timbul lebam biru dan agak besar pada kulit anda.

Vitamin C dan pengambilan protein adalah penting untuk membentuk jisim pelekat yang juga dikenali sebagai kolagen yang mengikati bersama akan sel-sel. Bayangkan sel-sel kulit anda sebagai batu-bata protein, simen yang melekatkan batu-bata ini pada tempatnya ialah kolagen. Tanpa simen (kolagen) yang mencukupi, jisim-jisim boleh bocor atau keluar menerusi batu-batu (sel-sel kulit).

Apabila kandungan vitamin C dalam badan kita rendah, kita mudah lebam bila terhantuk sesuatu. Lebam ini sebenarnya ialah darah yang telah meniris keluar di antara sel-sel menerusi kolagen yang tidak membentuk dengan baik itu.

Gambar A : Susunan batu-bata yang melekat dan disusun cantik
 
Gambar B : Susunan batu-bata yang tidak teratur akibat simen yang lemah

Batu-bata dan Simen = Sel-sel Kulit dan Kolagen
Berdasarkan ilustrasi di atas tadi, jika kita menggunakan simen yang lemah untuk mendirikan tembok batu, maka corak dan kekuatan tembok itu akan musnah dan tidak cantik. Demikian juga halnya jika kolagen yang anda keluarkan itu lemah dan kurang vitamin C.

Kekurangan vitamin C akan mengakibatkan kulit seperti batu-bata Gambar B di atas iaitu :
  • Kulit menjadi kering, mengelupas dan mudah lebam. 
  • Selain itu, jerawat juga mudah timbul bila kita kekurangan vitamin C. Bila pertahanan tembok kulit lemah, kulit juga mudah berbenjol, berkedut dan cenderung mempunyai liang atau pori-pori mula yang besar. Atau kelihatan seperti kulit buah oren yang telah kering. 
  • Vitamin C juga perlu untuk fungsi tiroid yang normal. Tiroid mesti berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan kulit yang halus dan licin. 
  • Vitamin C juga merupakan anti radikal bebas seperti vitamin E juga. Dua vitamin ini sangat bagus bila bersama-sama melindungi sel-sel anda walaupun dalam cara yang berbeza. 
  • Vitamin C ialah vitamin larut air dan ia berfungi paling efektif di sel yang berada dalam kawasan berair. Manakala vitamin E pula ialah vitamin larut lemak dan ia berfungsi paling efektif di sel yang berada di kawasan berlemak. 

Tahukah anda jika anda menghisap sekotak rokok, anda akan membakar hampir 500mg vitamin C. Tekanan fizikal dan mental juga boleh memusnahkan vitamin C ini. Vitamin C tidak boleh disimpan lama dalam badan kerana ia adalah vitamin larut air. Kita disarankan mengambil vitamin C secara rutin sekurang-kurangnya 500mg.

Tips memilih Vitamin C yang bermutu 
  • Jangan mengambil vitamin C dalam bentuk asid askorbik biasa. 
  • Supplement C anda harus mengandungi bioflavonoid iaitu campuran nutrien-nutrien yang wujud bersama vitamin C dalam alam semulajadi. Bioflavonoid akan membantu mengekalkan kekuatan saluran-saluran darah yang bersaiz halus mahupun sederhana. 
  • Pilih vitamin C yang mempunyai formula pelepasan masa (sustained release) dimana vitamin C akan dilepaskan perlahan-lahan mengikut jam.



Berita Baik!!
Vitamin C Shaklee menepati tips-tips memilih vitamin C yang berkualiti seperti di atas.
  • Ianya diformulakan dengan konsep pelepasan masa (sustained release) iaitu ianya akan dilepaskan atau diguna oleh badan sebanyak 100mg dalam setiap jam. Vitamin C sustained release Shaklee adalah sebanyak 500mg dan 1 botol mengandungi 180 tablet. Banyak kan! Sangat berbaloi untuk kegunaan anda sekeluarga. Tak nak la cantik sorang-sorang kan, mesti nak satu keluarga cantik dan sihat :-) 
  • Ianya juga mengandungi bioflavonoid untuk penyerapan yang optimum. Kulit kita perlukan nutrien-nutrien penting agar kulit akan sentiasa sihat, cantik dan lembut. 
(Testimoni Gembira Pengguna Sustained Release Vitamin C Shaklee)





Nampak perubahan yang ketara kan? yang paling penting vitamin C Shaklee adalah dari jenis semulajadi bukan sintetik, maka penyerapannya adalah lebih efektif dan mudah diserap oleh badan kita.

Kenapa Vitamin Shaklee Selamat dan Berkesan?
  • Lebih 350 ujian bagi setiap bahan yang digunakan
  • Setiap produk yang dikeluarkan oleh Shaklee dikaji oleh ramai saintis
  • Lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun
  • 23,000 ujian ketulenan dan keselamatan
  • 80,000 ujian potensi dan kualiti
  • Tanpa Bahan Tiruan
  • Tanpa Bahan Kimia Berbahaya
  • Shaklee telah berada di pasaran lebih daripada 57 tahun
Kulit dan diri anda selayaknya mendapat nutrisi Vitamin C yang terbaik dan terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.


Perunding Vitamin Shaklee anda,
Jika anda mahu order, boleh hubungi saya melalui,
Sms/Whatsapp/Call Ell : 016-7113576
Email : suhaily.aj@gmail.com
Facebook : El Naomie
'Berani Untuk Sihat'

Mari sertai kami dalam keluarga besar Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli di bawah group kami yang semestinya mengujakan!!!
Posted via Blogaway

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...