October 06, 2017

Inilah Vitamin Yang Saya Tak Pernah Tinggalkan


Inilah Vitamin Yang Saya Tak Pernah Tinggalkan | Bila bercakap pasal vitamin ni, paling penting konsisten. Ada orang makan minggu ni. Mimggu depan lupa nak makan. Last-last sampai expired. Haaa ada ke yang macam ni? Hehe rugi tau

.
Saya ni asal bermulanya makan vitamin secara serius dan konsisten sejak saya mengandung anak ke dua. Masalah hb low yang teruk. Tu pun saya jumpa Shaklee masa usia kandungan dah trimester ke tiga. Saya makan Vitalea (multivitamin) dan ESP (protein). Alhamdulillah hb saya naik meroket sampai ke 12.8.

Kemudian, saya teruskan makan Set Pantang Shaklee. Saya tak makan jamu langsung masa berpantang anak kedua. Alhamdulillah, sekali lagi kesan yang sangat awesome berbanding pengalaman berpantang anak pertama. Happy sangat dan itu titik tolak saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Saya teruskan lagi ambil vitamin Shaklee untuk membantu proses penyusuan. Kali ini, saya nekad untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya dengan susu ibu, sehingga usia 2 tahun. Namun, saya bukanlah jenis ibu yang susu semulajadi melimpah ruah. Saya perlukan usaha yang lebih untuk dapatkan hasilnya. Saya berjaya fully breastfeed anak saya sehingga 2 tahun. Setiap hari, menggalas beg pam untuk sediakan susu yang segar untuk kegunaan anak pada esok hari. Saya berpegang pada konsep more demand, more supply. Dan vitamin sangat-sangat membantu proses penyusuan saya.
.

APA KESAN KETARA SELAMA SAYA AMBIL VITAMIN DARI SAAT MENGANDUNG, BERPANTANG DAN MENYUSU? 

Selain kesan yang sangat memberangsangkan seperti badan bertenaga, mood saya happy. Bersemangat, dapat pam susu 5-6 botol (5oz) semasa berkerja 8 pagi ke 5 petang. Perjalanan berpantang saya juga indah.

Kesan paling ketara ialah masalah jerawat, kulit sensitif dan alahan pada seafood hilang begitu saja. Hilang sepenuhnya. Saya dah puas pakai itu ini, makan itu ini untuk hilangkan alahan, namun tak sembuh. Muka saya jerawat tidak keterlaluan banyak, namun kerap rasa gatal dan tak selesa. Kini, semuanya sembuh tanpa saya perasan sebab saya terlalu asyik dengan kerja dan jaga anak hehe. Kawan-kawan di pejabat juga tanya saya makan apa masa pantang sebab saya nampak lain. Yang diorang cakap, saya langsing, kulit cantik cerah dan tak ada jerawat lagi. Tak sangka mereka perasan perubahan saya. Diir sendiri yang tak perasan haha

Okay, nak tengok tak apa vitamin yang saya tak pernah tinggalkan?




Sebenarnya banyak lagi senarai vitamin yang saya makan. Ini adalah sebahagian yang saya konsisten makan. Lagi 1 vitamin yang saya sangat suka ialah Ostematrix. Maaf tak ada dalam gambar pulak.

Kini, dah lebih 5 tahun saya amalkan vitamin-vitamin ini. Sangat bahagia bila alahan, resdung sembuh sepenuhnya. Nikmat kesihatan terbesar yang Allah bagi. Tugas kita untuk jaga amanah kesihatan ini dengan sebaiknya. Allah tengok usaha kita dalam menjaga kesihatan, agar memudahkan kita untuk beribadah kepadaNya.

.
Ada yang mencari-cari vitamin Shaklee?
Boleh hubungi saya, Ell,
0167113576
.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'.. LIKE MY FanPage: Success Familia

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...