April 02, 2013

TAK TAHAN MASALAH BAU BADAN??

CARA-CARA SEMULAJADI UNTUK MENGURANGKAN MASALAH BAU BADAN 


1. MELALUI PEMAKANAN

 Disebabkan masalah bau badan berpunca dari sistem pencernaan yang tidak sempurna, oleh itu makanan yang perludiambil perlulah dari jenis yangs senang dihadam. 

a. Kurangkan pengambilan makanan seperti daging merah, aiskrim, pencuci mulut yang berlemak, makanan pedas dan jeruk.
b. Jangan makan makanan yang terlampau panas atau terlalu sejuk (suhu)
c. Lebihkan pemakanan sayuran hijau dalam diet harian. Ini supaya sistem pencernaan lebih lancar (lawas) dan tidak sembelit yang mana akan mengganggu sistem pencernaan.
d. Elakkan pengambilan snack yang berminyak. Boleh digantikan dengan buah buahan sebagai kudapan (snack) ketika perlu.
e. Masukkan sekali 1 hidangan sayuran hijau dalam setiap hidangan.
f. Minum air dengan cukup. Disarankan 1 liter air untuk setiap 15kg berat badan.

2. KEBERSIHAN BADAN

Amalkan kebersihan badan yang optima.
a. Mandi sekerap yang mungkin terutama sekali selepas melakukan aktiviti yang menyebabkan kita berpeluh. Selepas mandi, badan perlu dikeringkan bersama sedikit gosokan pada kulit bagi menanggalkan sel badan yang mati.
b. Sarungkan pakaian yang bersih setiap kali selepas mandi.
c. Kebanyakan bau badan sering dikaitkan dengan bau pada ketiak. Mencukur bulu ketiak juga amat membantu bagi mengurangkan bau badan.

3. PERUBATAN HERBA
a. Alfalfa (Medicago satina) : Mengandungi kadar klorofil yang sangat tinggi yang mana klorofil bertindak sebagai ajen antibakteria yang sangat berkesan. Dengan pengambilan alfalfa, ia mengurangkan bau badan dengan fungsinya yang membantu membunuh bacteria jahat pada badan punca bau badan.
b. Parsley (Petroselinum cripsum) : Sama seperti Alfalfa, parsley juga tinggi kandungan klorofil. Ia juga membantu membunuh bacteria punca bau badan.
c. Rosmary (Rosmarinus officinalis) : Merupakan herba antibakteria. Rosemary seing sering digunaakn dalam penghasilan deodorants untuk membunuh bacteria punca bau badan.
ALFALFA COMPLEX dari Shaklee sangat disarankan kepada mereka yang mengalami masalah bau badan

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


TESTIMONI:

Berminat Untuk Mencuba??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No :: 906151 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...