May 18, 2013

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSUKAN ANAK



Pasti banyak kerisauan bagi ibu-ibu menyusukan apabila masuk bulan puasa kerana antaranya risau susu berkurangan, ibu  keletihan dan sebagainya.

Bagi yang baru bergelar ibu dan menyusukan anak pastinya dalam dilema sama ada mampu atau tidak untuk meneruskan puasa dan menyusukan anak dalam masa yang sama.


Kerisauan bayi kurang mendapat susu yang cukup atau persoalan laratkah saya berpuasa selepas segala keperluan dan khasiat diberikan kepada bayi sering menghantui para ibu.


Jangan bimbang kerana sebenarnya anda boleh terus menyusukan biarpun sedang berpuasa. Yang penting anda menjaga keperluan nutrien.


Keperluan ibu yang menyusukan terutama protein sebagai nutrien utama pengeluaran susu ibu akan meningkat daripada 45gm kepada 75gm.
Kebanyakan pengambilan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus.
Diet masyarakat Malaysia yang tinggi pengambilan lemak tepu dan karbohidrat (terutama gula) dan terlalu sedikit pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan akan membuatkan anda kekurangan nutrien sebagai ibu yang menyusukan bayi terutama sepanjang Ramadhan.
la membantu membekalkan tenaga agar mama boleh berpuasa dengan tenang tanpa rasa lapar atau dahaga kerana menyusukan bayi. Selain itu susu yang dihasilkan juga tetap mencukupi untuk anak anda.

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

  • Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  • Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  • Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  • Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  • Makan banyak kurma.
  • Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  • Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  • Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  • Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  • Pam susu sebelum sahur.
  • Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  • Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  • Ambil milk booster jika perlu.
  • Elakkan terlalu penat.
  • Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  • Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Rujukan:  www.duniasusuibu.com




Berminat Untuk Mencuba??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...