May 20, 2013

TIPS KURUSKAN BADAN SEMASA BULAN PUASA

Ada orang yang boleh diet sepanjang bulan puasa ini. Tetapi ada juga kebarangkalian untuk naik berat badan kerana tidak menjaga makan dan kurang bersenam.


Sharing: tips-tips untuk maintain atau turunkan berat sepanjang bulan puasa. Disamping beribadat kita juga boleh kekalkan kesihatan dengan berpuasa.
 
1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih peka dan prihatin dalam soal permilihan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka. Makan makanan seimbang dan kurang berminyak.

3. Jangan abaikan SAHUR. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Lambakan makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.

5. Ambil serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya.

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Minum cukup air masak. Berpuasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

12. Jangan asyik menimbang berat badan. Hanya timbang seminggu sekali.

 


Tepuk Dada, Tanya Selera
 
Berminat Untuk Mencuba??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...