September 13, 2013

DARAH TINGGI??? Supplement Yang Sesuai Untuk Darah Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini.
Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.

Jantung merupakan alat pengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi danjuga kematian jika tidak dirawat.

  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
  • Lebih 2,800000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) mengidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh no 1 di Malaysia.
  • Kajian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun mengidap darah tinggi.
PUNCA DARAH TINGGI?
Sebagai penyakit dalam diam, punca darah tinggi ini tidak dapat dikesan atau diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. 

Walau bagaimanapun disini merupakan beberapa kemungkinan punca terjadinya darah tinggi : 
  • cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid
  • penyakit buah pinggang.
TIPS MENGATASI
  • tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan
  • Ubah cara hidup boleh mendatangkan kesan yang baik iaitu dengan mengamalkan pemakanan yang sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman secara berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan berlebihan
  • belajar untuk mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok

Pengidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi pengidap darah tinggi. 

Bagaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. Pengidap darah tinggi juga disarankan mengamalkan suplement bagi meningkatkan tahap kesihatan. 


CADANGAN VITAMIN
Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung 

Lecithin - mengemulsi lemak
Garlic - merendahkan tekanan darah
ESP - menurunkan tahap kolesterol
B complex - menurunkan stress.
Ostematrix - Difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
Vit C - menghalang pembekuan darah

VITAMIN LARANGAN
Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dilarang bagi pengidap darah tinggi. Namun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. 

Makanan yang perlu dielakkan seperti :
  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sgt tinggi
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dsb.
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • Alkohol
  • Susu - susu baik utk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh pengidap darah tinggi.
Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.

♥ Shaklee Independent Distributor
(ID No : 906151) (id diperlukan jika anda beli sendiri di branch)
♥ Contact No : 016-711 3576
♥ email : suhaily.aj@gmail.com
♥ PM di FB : El Naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...