October 16, 2013

Badan Selalu Letih, Lemah dan Tidak Bertenaga

Ramai yang mengadu selalu rasa mengantuk dan letih setelah seharian kerja di siang hari. pergi kerja pukul 6.30 pagi sampai rumah pukul 7 malam, lepas tu rasa dah keletihan sangat2 sampai dah x larat nak buat kerja lain. Jadi kita tak dapat memberikan masa berkualiti untuk pasangan, anak-anak dan keluarga.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku. Antaranya : 
Kekurangan darah  
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang ‘heavy’ setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor. 


Kekurangan Hormon Tiroid  
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.


Jangkitan Kuman air kencing (UTI)  

Walaupun kebanyakkan dari simptom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simptom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simptom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.
 

Terlebih caffeine 
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.
 

Alahan makanan
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syaki itu dari suapan harian anda.
 

Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.

Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung. 


Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.



  
Ini adalah saranan dan cadangan supplement untuk mereka yang selalu letih dan kepenatan, untuk semua sama ada yang bekerjaya mahu pun suri rumah, ibu ayah kita, anak, student di sekolah juga di peringkat pengajian tinggi.
 
1. Vitalea with iron formula
Sumber zat besi terbaik yg penting untuk pembentukan darah dan sel. Kandungan vitalea yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineralyang diperlukan oleh badan dewasa. Menariknya, vitalea disokong oleh 7 kajian klinikal, menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan dan mempunyai teknologi salutan mikro yg membantu pembebasan segera di dalam perut.

2. B Complex

B complex membantu dalam pembebasan tenaga, metabolisme karbo, lemak dan protin. paling menarik, bcomplex adalah supplement anti stress. Bcomplex diperlukan untuk pembentukan darah dan dengan itu ia membantu mencegah anemia yang menyebabkan keletihan. 

3. Ostematrix (kalsium)

Supplement calcium magnesium yg lengkap dengan vitamin D. istimewanya ostematrix ini adalah kerana kandungannya bukan semata-mata kalsium tetpai juga mengandungi magnesium dan vitamin D. Menurut kajian USA, kekurangna magnesium boleh mengganggu aktivit elektrik, dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu. Apa kaitannya dengan tenaga pula?magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembebsasn tenaga keseluruhan badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran tenaga juga terhad, akibatnya kita mudah letih.

4. Energizing Soy Protein (ESP)
Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. 
ESP membaik pulih sel-sel badan kita. Apabila sel badan kita sihat, penyerapan vitamin akan lebih effektif.

Sumber rujukan artikel:
http://www.informasi.my/7-sebab-kenapa-selalu-berasa-letih/


Berminat Untuk Mencuba??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...