BAYI LELAKI ATAU PEREMPUAN |
Kadang-kala
apabila wujud persoalan anak lelaki atau perempuan yang diingini,
pelbagai jawapan akan diberikan. Ada yang berkehendakkan anak lelaki
kerana anak lelaki dilihat lebih bersifat pemimpin dan akan menjadi
ketua keluarga. Tidak kurang juga ada yang mendambakan anak perempuan
kerana beranggapan anak perempuan lebih mudah dilentur dan diajar.
Malah
persoalan anak lelaki atau perempuan ini dilihat sangat penting bagi
sesetengah bangsa terutamanya masyarakat Cina yang lebih mengutamakan
anak lelaki apabila berbicara tentang harta dan kesinambungan waris
keturunan keluarga. Walaupun dalam semua hal yang berkaitan dengan
ciptaan manusia, segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.
Dalam
dunia perubatan, pilihan dan kaedah merancang jantina anak menjadi
penting untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit bawaan baka
seperti penyakit ‘hemophilia’ iaitu sejenis penyakit yang
ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami
kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti
mengalir dari luka. Justeru dalam konteks ini, jika jantina anak dapat
ditetapkan, penyakit ini dapat dielakkan.
Sejak
zaman-berzaman manusia telah menggunakan pelbagai cara dan teknik dalam
usaha merancang jantina anak. Salah satu cara menentukan jantina ini
ialah melalui kiraan bulan yang sering diamalkan oleh masyarakat Cina.
Menurut kaedah ini, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka
anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku
pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.
Mengikut
teori sains, penentuan jantina ini adalah terletak pada benih pihak
suami. Ini kerana benih lelaki atau sperma yang mengandungi berjuta-juta
benih itu memiliki kedua-dua kromosom iaitu X dan Y manakala telur
wanita hanya mengandungi kromosom X. Bagi menghasilkan anak lelaki,
telur memerlukan kromosom Y daripada benih suami manakala kromosom X
diperlukan bagi menghasilkan anak perempuan. Pada kebiasaannya antara
beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan,
bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X)
adalah lebih kurang sama.
Jika
pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya
mengadakan persetubuhan tepat pada ketika isteri melalui proses
kesuburan iaitu pada hari yang ke-13 atau ke-14 selepas hari pertama
haid. Pada masa ini, pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan
beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas
waktu subur itu.
Sesetengah
pakar perubatan berpendapat jika pH dalam vagina boleh diubah kepada
keadaan sedikit beralkali, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan.
Justeru, dalam hal ini, Keadaan pH vagina dapat diubah dengan melakukan
prosedur yang digelar ‘douching’ atau membasuh bahagian dalam vagina
dengan cecair khas seperti ‘sodium bicarbonate’ 8.4 peratus. Kaedah ‘douching’ ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam vagina dan kemudian cecair khas dipancutkan kedalamnya.
Manakala
bagi mendapatkan anak perempuan, pasangan dinasihatkan agar melakukan
persetubuhan 24 jam sebelum pengeluaran telur iaitu pada hari ke-11 atau
ke-12. Pasangan dinasihatkan tidak melakukan persetubuhan empat atau
lima hari selepas persetubuhan pertama berlangsung. Selain itu, kaedah
‘douching’ boleh digunakan dengan menggunakan cecair yang mengandungi
sedikit asid seperti ‘Lactacyd’ setengah jam sebelum melakukan
persetubuhan.
Hasil
kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan
Dr. Francois Papa, seorang pakar runding di bidang yang sama di Por
Royal Hospital, Paris, juga mendapati sekiranya pasangan berkehendakkan
anak lelaki, ibu disyorkan supaya mengambil makanan yang mengandungi
lebih daging, buah-buahan dan makanan yang bergaram.
Manakala
bagi mendapatkan anak perempuan pula, pengambilan makanan yang
mengandungi lemak dan makanan berasaskan susu perlu diambil dalam
kuantiti yang banyak.
Dalam
erti kata lain, makanan yang banyak kalsium menggalakkan kemungkinan
untuk mendapat anak perempuan dan amalan pemakanan sebaliknya iaitu
lebih sodium (garam) daripada kalsium, meningkatkan kemungkinan untuk
mendapat anak lelaki.
Menurut
kajian, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut kaedah ini memiliki
peluang memiliki anak dengan jantina pilihan di antara 75 hingga 80
peratus tetapi hasil akan menurun 55 hingga 65 peratus jika pengambilan
makanan yang disyorkan ini tidak dipatuhi.
Ada
juga pendapat yang mengatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan
menerusi tahap kepuasan isteri ketika melakukan persetubuhan iaitu
ketika isteri mendapat kepuasan yang tinggi, cecair beralkali akan
dikeluarkan seterusnya merangsang pergerakanan benih Y suami yang
berupaya menghasilkan anak lelaki. Manakala proses sebaliknya pula bagi
mendapatkan anak perempuan kerana dalam keadaan tersebut, cecair berasid
yang merangsang pergerakan benih X akan dikeluarkan.
Selain
daripada kaedah-kaedah yang disebutkan di atas, menerusi jaringan
teknologi moden kini, penentuan jantina anak juga dapat dilakukan
menerusi suatu kaedah yang dipanggil ‘chromatography’. Kaedah yang
telah digunapakai oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika
Syarikat ini menggunakan kaedah pemisahan benih X dan Y.
Menerusi kaedah ini, benih
lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi
sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian benih itu menjalani satu
proses pemisahan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang
dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang
tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur.
Terdapat
banyak cara boleh digunakan untuk memisahkan benih Y dan X ini dan
antaranya adalah Kaedah Ericson yang menggunakan albumin di dalam
prosesnya. Walaubagaimanapun, cara ini tidak menjamin kejayaan seratus
peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang
dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.
Alternatif
lain untuk mendapatkan jantina pilihan adalah suatu kaedah yang ditemui
dalam kajian ahli biologi Perancis, Patrick Schoun. Kaedah yang
dinamakan Choice ini menggunakan Kitaran Polariti, iaitu suatu kaedah
semula jadi tanpa perlu mengambil sebarang suntikan atau ubat-ubatan.
Kaedah
ini memegang teori bahawa kitaran polariti dipengaruhi oleh suatu
faktor yang disebut sebagai ‘faktor ionik’ dan dapat diramal seperti
juga kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Semasa kitaran polariti
berlaku, faktor ionik ini akan menghasilkan caj pada membran ovum
(telur) dan sperma. Apabila caj pada membran ovum adalah neutral, sperma
yang membawa kromosom X atau Y akan bergabung dengan ovum dan
menyuburkannya.
Justeru,
apabila caj pada membran ovum adalah positif, ia akan menarik sperma
yang membawa kromosom X (yang bercaj negatif) dan menghasilkan bayi
perempuan. Sebaliknya, apabila caj pada membran ovum adalah negatif, ia
akan menarik sperma yang membawa kromosom Y (yang bercaj positif) dan
menghasilkan bayi lelaki.
Teknik
yang telah dibawa ke Malaysia sejak 2001 ini mendapati terdapat
kira-kira 70 hari dalam setahun untuk setiap polariti. Ini bermakna
setiap pasangan suami isteri mempunyai kira-kira 70 hari dalam setahun
untuk mendapat anak lelaki dan 70 hari lagi untuk mendapat anak
perempuan. Manakala 200 hari lagi memberikan peluang sama rata untuk
mendapat jantina anak yang diingini.
Berbanding
kaedah-kaedah lain yang dinyatakan, kaedah ini terbukti 98.7 peratus
berkesan menerusi ujian klinikal yang telah dijalankan.
Walaupun
pelbagai kaedah diperkenalkan bagi membantu pasangan memiliki anak
dengan anak pilihan, Allah s.w.t. jualah yang menentukan ‘biru’ atau
‘merah jambu’ yang dimiliki kelak. Apa yang penting, anak yang
dilahirkan sihat dan cukup sifatnya walaupun bukan jantina yang
dihajati.
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch)
♥ Contact No : 016-711 3576
♥ email : suhaily.aj@gmail.com
♥ PM di FB : El Naomie
No comments:
Post a Comment