KENAPA BERAT NAIK SEMASA BERPUASA : Semasa berpuasa di bulan Ramadhan, kita sebaiknya menjaga pola pemakanan kita agar kita jadi lebih sihat, bertenaga dan ceria bila tiba hari raya nanti.
MAKANAN TINGGI LEMAK DAN GARAM |
Antara punca kenaikan berat badan semasa berpuasa :
1. Makan terlalu banyak makanan berlemak dan berminyak semasa berbuka. Dengan nasi lemak, nasi minyak, nasi ayam, sambal udang, kuih-muih, air pelbagai warna dan pelbagai jenis lagi... Bila dah kenyang sangat, dah tak larat nak tunaikan solat terawih....
Jika anda mempunyai kadar metabolisme yang rendah, anda harus lebih peka dan prihatin dalam soal permilihan jenis makanan ketika berbuka. Elakkan makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka. Makan makanan seimbang dan kurang berminyak.
2. Kurang minum air masak. Kita perlu mengekalkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari agar badan kita tidak terhidrat dan proses detoks badan berjalan dengan lancar.
3. Kurang pengambilan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tahukan anda kalau kita kurang mengambil serat dan buah-buahan, kita boleh mengalami sembelit. Bila sembelit, kekotoran dalam badan tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan kesannya mulut berbau, senang kena gatal-gatal, kulit kusam dan lain-lain lagi.
TIPS AGAR KEKAL LANGSING DAN SIHAT SEMASA BERPUASA
AMALKAN PEMAKANAN SIHAT |
SEMASA BERSAHUR
Jangan abaikan makan sahur. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi untuk tubuh badan kita. Ambil makanan yang seimbang.SEMASA BERBUKA
- Mulakan berbuka puasa dengan kurma, air masak atau sesuatu yang ringkas dalam kuantiti yang sedikit sedikit atau berulang-ulang.
- Ambil serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya.
- Elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik.
- Elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa
- Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Anda dinasihatkan agar tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak dan tinggi gula dalam menu berbuka dan bersahur kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat
- Minum cukup air masak. Berpuasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
- Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
- Jangan asyik menimbang berat badan. Hal ini akan membuatkan anda stress bila badan naik sedangkan mungkin badan anda naik pada ketika itu kerana anda baru sahaja lepas makan atau minum. Sebaiknya timbang minima 1 kali seminggu untuk anda buat pemantauan.
1. Kalau nak sahur dan berbuka dengan ringkas dan pantas, boleh bancuh ESP + Meal Shakes + Performance Drink + Kurma
2. ESP + Meal Shakes + Performance Drink juga boleh di buat smoothies atau di blend dengan buah-buahan segar
Pengedar Sah Shaklee Anda,
call/sms/whatsapp : 016-7113576
Cod area : Johor Bahru, BBU,Kulaijaya
Poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
Hubungi saya jika anda mahu menjana pendapatan sehingga 5 angka dengan bisnes Shaklee
No comments:
Post a Comment