Assalamualaikum sahabat-sahabat semua 😄
Saja la hari ni nak share aktiviti semalam (23 Julai 2016) - Sabtu.
Pagi-pagi lagi kitorang dah gerak pergi ke Shaklee JB Branch sebab ada Health & Wellness Fair. Tahun lepas pun ada pergi, tahun ni pergi lagi hehehe
Sampai je, terus ke bahagian pendaftaran dan lepas tu masuk ke bilik yang disediakan untuk dengar talk. Talk ni memang bagus untuk kita dengar sebab ilmu untuk alert dan jaga kesihatan kita luaran dan dalaman serta persekitaran kita.
GET CLEAN - Mencapai persekitaran yang bersih dan selamat
(Water Pitcher, Dishwash, Laundry, Softener, Basic H)
Antaranya ada penerangan mengenai Get Clean - Water Pitcher. Penapis air yang menggunakan Coconut Shell sebagai penapisnya (diproses, bukan tempurun kelapa camtu je hehe). Dan lagi best penapis air ni tidak menggunakan elektrik.
Hasil ujian menunjukkan air yang ditapis 0% klorin dan air menjadi beralkali which is good for our health.
Banyak kesan jangka panjang minum air yang mengandungi logam berat, klorin dan sebagainya. Yang ini kita akan cerita di entry yang lain ya!
Selain demo Water Pitcher, ada juga demo dishwash, Basic H, serbuk cuci baju yang jimat dan tak merengsakan, demo skincare berasaskan 16 jenis tumbuhan (NUTRIWHITE) dan demo paling orang suka ialah demo smoothies ESP dan Cinch Shake Mix hehe
Selain demo dan penerangan mengenai produk untuk persekitaran rumah dan skincare, ada juga disediakan booth seperti pemeriksaan kesihatan, skin analysis dna booth smoothies.
BOOTH PEMERIKSAAN KESIHATAN
BOOTH PEMERIKSAAN KESIHATAN
Jadi boleh la check kadar kesihatan kita kan, kadar lemak, visceral fat (lemak yang menyelaputi organ), umur badan (body age), tekanan darah, nadi dan sebagainya.
Ada orang yang baru berumur awal 20an, tapi body age 50an
BOOTH NUTRIWHITE
Dan booth yang menarik banyak perhatian wanita ialah booth NUTRIWHITE untuk check jenis dan keadaan kulit (skin analysis).
Boleh la kita tahu adakah kulit kita jenus berminyak ke, kering ke, kombinasi dan sebagainya.
BOOTH SMOOTHIES
Booth ESP dikerumuni oleh kanak-kanak. Abang yang tukang buat smoothies tu senyum dan cool je layan budak-budak ni. Setiap kali dia buat smoothies ESP campur dengan buah-buahan, pantang tuang dalam cup, cepat je anak-anak Shaklee ni ambil hehehe (termasuklah anak saya)
Okay la, jom kita layan beberapa gambar di sekitar program.
Sebenarnya Shaklee anjurkan banyak program setiap bulan termasuklah Health & Wellness talk setiap bulan, ada bengkel nutrisi, sambutan hari perayaan, national conference dan banyak lagi 😍
Ada yang nak cuba vitamin dan produk Shaklee? Atau berminat nak menjadi ahli Shaklee? Boleh hubungi saya pada no di bawah ya.
Perunding Vitamin dan Kecantikan,
Whatsapp Ell : 016-7113576
Email : suhaily.aj@gmail.com
Fb Fanpage : Success Familia
Ig : Success Familia
No comments:
Post a Comment