July 25, 2016

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE DAN BAGAIMANA PEMBELIAN SECARA ONLINE MEMBANTU SAYA BERKEMBANG

Assalamualaikum dan salam kesihatan semua,
Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik dilimpahi rahmat dan rezeki yang hebat, inshaAllah

Sudah hampir 4 tahun saya bersama Shaklee dan sudah 2 tahun saya membuat bisnes Shaklee secara full time. Sebelum ini bekerja dan buat bisnes Shaklee secara part time (part time tapi sepenuh hati ya hehehe)

Awalnya, tak terlintas pun nak buat bisnes Shaklee. Pada mulanya, hanya beli untuk makan sendiri. Dan kemudian daftar sebagai ahli kerana mahu beli pada harga ahli yang lebih jimat.

Sambil-sambil makan tu ada juga buat sharing pada kawan-kawan sekerja. Tak ada niat menjual pun masa tu. Satu hari ada kawan tanya, "u bisnes Shaklee ke?" Saya pun bersungguh-sungguh yakinkan kawan yang saya tak jual.  Saya memang belum jadi ahli lagi masa tu.

Tapi selepas tu, baru saya terfikir, kenapa saya dah makan, dah dapat kesan yang baik, tapi saya tak nak jadi ahli? Tak nak berkongsi kebaikan dengan orang lain supaya dapat sama kesan yang saya dapat sekarang? 

Selain itu, saya selalu terfikir untuk mencari part time job tapi nak kerja apa? Saya ada anak kecil, takkan saya nak tinggalkan anak untuk buat kerja part time selepas habis kerja pukul 5?

Alhamdulillah, saya diberikan petunjuk untuk jadi ahli Shaklee dan mulakan berkongsi mengenai Shaklee dan mula menjana pendapatan tambahan.

Memang bukan mudah pada mulanya kerana saya tiada ilmu. Tapi saya kuatkan semangat belajar dan terus belajar. Selain itu, pengalaman selama 4 tahun ini juga memberi saya banyak pengalaman untuk membantu ramai orang sihat dengan Shaklee dan membantu orang lain untuk berjaya dalam Shaklee.

Kuncinya, betulkan niat, kena sabar, konsisten usaha, dan sentiasa mencari ilmu.

Jadi, buat anda yang dah makan vitamin Shaklee, tapi anda tak jadi ahli, anda rugi tau. Kenapa?? Disini saya senaraikan beberapa kelebihan menjadi ahli Shaklee.

Apa Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee???


APAKAH KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE?

Semestinya sebelum kita sertai mana-mana keahlian (membership) sesuatu syarikat, kita mesti tertanya-tanya apa manfaat yang kita dapat???


1. Dapat Diskaun (Belian Pada Harga Jimat)

Bila kita daftar sebagai ahli Shaklee, kita dapat berjimat lebih kurang 15% - 20% bila kita mahu membeli produk Shaklee

Makan vitamin ni perlu konsisten, jadi kita pasti akan ulang pembelian untuk terus consume vitamin. Ya, nak sihat perlu sabar dan konsisten. Jadi untuk terus beli pada harga diskaun, disarankan untuk jadi ahli terus.


Berapa Bayaran Untuk Jadi Ahli?

Sangat berpatutan. Dan mungkin sangat murah. Hanya rm69.50 (tidak termasuk postage) dan kenapa saya cakap murah? Sebab bayaran tersebut hanya la sekali seumur hidup. Tak perlu renew pun

Kalau nak daftar secara percuma, hanya perlu buat belian sebanyak 200uv (lebih kurang rm650)


2. Cashback/Bonus

Shaklee akan memberi cashback sebanyak 5% hingga 21% kepada ahli/pengedar yang layak.

Untuk layak dapatkan bonus ini, hanya 150uv (anggaran rm480) anda layak dapat bonus 5%.

Semakin tinggi usaha anda, semakin tinggi cashback/bonus yang akan anda terima. Target setiap pengedar semestinya untuk mencapai bonus 21%.

Ini tidak termasuk bonus-bonus lain seperti bonus kepimpinan, bonus kereta dan lain-lain.



3. Peluang Bisnes

Jika anda mahu mulakan bisnes, anda boleh jadikan Shaklee sebagai platform anda. Ada banyak cara untuk promote atau sharing mengenai Shaklee sama ada secara offline mahupun online.

Nak buat sharing yang berkesan? Kita mesti makan/guna dahulu produk Shaklee dan rasakan kesannya, baru la kita dapat buat sharing yang ikhlas dari hati dan terkesan pada orang lain.


4. Promosi Istimewa Setiap Bulan

Setiap bulan, Shaklee akan membuat special offer seperti contoh, bulan ini (Julai 2016)

Promosi Julai 2016
✔ Vivix (beli 6 percuma 1), beli 2 diskaun 5%
✔ Vitalea For Children (beli 3 percuma 1)


Dengan adanya promosi seperti ini, kita dapat lebih berjimat dan untung lebih untuk yang berniaga.


5. Aktiviti Dan Kelas Kesihatan

Setiap bulan, Shaklee mengadakan Health & Wellness talk yang dilakukan secara percuma mengenai sesuatu topik yang berlainan setiap bulan.

Selain itu, bagi anda yang baru, anda juga boleh mengetahui dan memahami mengenai marketing plan, anda boleh sertai New Distributor Training (NDT)

Ada juga disediakan Bengkel Nutrisi (Nutritional Workshop) supaya para pengedar dapat mengetahui dan mendalami ilmu nutrisi dan vitamin dengan lebih mendalam.

Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Shaklee yang pastinya sangat mengujakan!

Kekuatan Shaklee ialah pada produknya. Masakan tidak, produk Shaklee yang tertua iaitu Vita-lea telah berusia lebih 100 tahun! Setakat ini Vita-lea ialah multivitamin semulajadi yang lengkap, terbaik dan paling pantas larut.

Dan rangkaian vitamin dan produknya menjalani r&d, ujian klinikal, ujian kualiti dan banyak lagi yang menelan belanja yang sangat besar demi memastikan produknya SELAMAT dan BERKESAN.


.
.

Pembelian shaklee secara online membantu saya berkembang


BAGAIMANA PEMBELIAN SECARA ONLINE MEMBANTU SAYA BERKEMBANG?

Tahukah anda, kita boleh membuat pembelian produk Shaklee bukan sahaja di cawangan Shaklee, malah kita juga dapat membuat pembelian secara ONLINE!

Ya, secara online. Ia memudahkan untuk anda yang tinggal jauh dari cawangan Shaklee atau yang mahu menghantar barangan tersebut kepada pelanggan yang jauh dari anda.

Pembelian online membantu saya berkembang kerana :

1.Mudah Membuat Belian Secara Online

Pertama, log in ke www.shaklee2u.com.my dan masukkan ID dan password anda. Kemudian klik di icon shopping dan ikuti arahan selanjutnya.

Pembelian secara online ini boleh menggunakan kad debit dan kad kredit. Mudahkan?

Klik klik, tup tup sampai depan rumah atau pejabat.


2. Dapat memenuhi permintaan pelanggan di negeri-negeri lain seluruh Malaysia

Saya ada menyediakan stok vitamin dan produk Shaklee di rumah, hanya untuk tujuan COD (cash on delivery) di sekitar tempat tinggal saya sahaja.

Namun, untuk pelanggan yang datang dari tempat lain, saya akan gunakan medium online ini untuk uruskan penhantarah produk kepada pelanggan.


3. Menjimatkan Masa, Tenaga, dan Duit Petrol


Penghantaran menggunakan saluran Shaklee adalah sangat berpatutan dan ada insurans. Dan sekiranya (saya tak pernah alami kes ini) barang yang sampai pecah atau rosak, Shaklee akan gantikan dengan yang baru.

Ini la yang saya sangat suka dengan pembelian secara online!

Saya tak perlu menghabiskan masa menunggu di Poslaju seperti dahulu 😁

Masa yang ada boleh saya manfaatkan untuk hal lain seperti beri konsultansi pada pelanggang, update blog dan sebagainya


4. Penggunaan eSell

Saya banyak membuat sharing dan promosi di blog, fb jadi saya boleh masukkan widget/link eSell untuk membolehkan pembaca yang berminat untuk terus membuat order sendiri tanpa perlu order direct dari saya

Contoh eSell : Anda boleh buat pembelian produk Shaklee secara online

Pelanggan hanya perlu klik link di atas untuk membuat belian secara online.

Sebaiknya pelanggan yang membeli secara online dapat menghubungi saya kerana saya menyediakan khidmat konsultansi secara percuma kepada semua pelanggan saya

Inilah antara kelebihan menjadi ahli Shaklee yang anda perlu tahu dan bagaimana pembelian secara online ini sangat membantu organisasi saya untuk berkembang.

Anda mahu menjadi ahli Shaklee sekarang? Daftar Ahli /Join Now

Anda mahu membuat pembelian secara online? Klik link ini

 Welcome To Shaklee Online Ordering


Saya boleh dihubungi melalui :

Perunding Vitamin Anda
Call/Whatsapp Ell : 016-7113576
Email : suhaily.aj@gmail.com
Fb Fanpage : Success Familia
Ig : Success Familia

#anakkuwirakushaklee

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...