November 14, 2017

PERSIAPAN UNTUK ANAK MASUK DARJAH 1

Assalamualaikum, selamat sejahtera
Lagi seminggu lebih je dah nak habis sesi persekolahan tahun 2017.

Saya nak kongsikan persiapan untuk anak-anak yang nak masuk darjah 1.
Sekarang anak sulung saya darjah 1, tahun depan darjah 2. Masa anak nak masuk Darjah 1, saya pun entah dah berapa kali khatam baca blog orang tentang persiapan untuk anak sekolah. Ye la, first time kan. So, saya baca blog orang lain untuk dapatkan info.




Kebanyakan blogger suggest beli uniform sekolah sampai 5 pasang. Lebih-lebih lagi untuk ibu bekerja. Tapi saya hanya beli 2 pasang sahaja untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Dan....

Nasib baik saya beli 2 pasang je hehe
Sebab hanya 2 hari anak pakai uniform sekolah kebangsaan. 3 hari lagi pakai baju sukan dan baju tshirt johor.
Uniform sekolah kebangsaan hanya pakai hari ahad dan khamis.

Selain itu, saya suggest beli 2 pasang cukuplah kalau nak bajet. Sebab baju anak darjah 1 ni memang hari-hari kena tukar dan basuh tangan. Biasalah, lagi-lagi anak saya lelaki main je kat sekolah.

Pernah saya nampak masa ambil report card pertengahan tahun, budak-budak lelaki main siap boleh baring atas lantai. Subhanallah

Jadi, kalau la hari-hari pakai uniform pun, saya akan basuh setiap hari. Keringkan dalam mesin basuh. Sekejap je kering. Iron baju pun sekejap je

Okay, ini suggestion saya secara personal. Tak ada yang betul, tak ada yang salah. Ikut keperluan dan bajet anda juga :

1. Uniform Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Agama

2 pasang baju kemeja dan seluar biru.
Seluar biru tu biasanya kain yang berkualiti dan tebal.

Kalau nak yang berkualiti, beli jenama Canggih. Kalau rasa mahal, beli jenama biasa pun boleh je. Anak darjah 1 kan, memang belum pandai jaga baju.

Baju sekolah agama sepasang atau 2 pasang, lengkap dengan sampin dan songkok.

Kos baju 2 pasang untuk jenama biasa dalam rm300++
Kalau yang berjenama Canggih dan yang seangkatan tu lebih lagi

Tips : Beli masa awal bulan 11,sebab masa tu selalunya ada diskaun 15% - 20%. Lepas tu, harga biasa tanpa diskaun

2. Kasut Sekolah

Saya syorkan beli 2 pasang. 1 pasang kasut sarung biasa jenis kanvas. Dan 1 pasang lagi jenis kasut sukan.

Saya belikan anak kasut canvas all star ke apa star tak silap. Harga dalam rm30-40.
Dan kasut sekolah ala ala kasut sukan jenama Yonex. Jadi masa kelas pendidikan Jasmani, bagi anak pakai kasut sukan. Pastikan warna putih ya.

Alhamdulillah, 2 pasang kasut ni tahan sampai hujung tahun ni.

3. Beg Sekolah

Orang kata nak beg tahan dan berbaloi, beli beg jenama Swan. Ni saya setuju. Memang nampak mahal sedikit tapi saya rasa tahan 2-3 tahun.

Tapi, saya belikan anak beg sekolah biasa je. Dalam 3-4 bulan, zip dah rosak. Saya suruh dia pakai beg masa tadika (beg standard size) tapi jadi berat. Bahu sakit.

So, dah decide nak beli beg sekolah lain yang berkualiti. Tup tup nampak ada beg sekolah adik saya. Beg UTEM. Masa masuk UTEM tu, dia dapat beg sekolah tu tapi tak pakai.

Jadi, saya bagi pada anak saya pakai. Beg memang besar sedikit tapi ada padded. Bahu tak sakit dan bila bawak tak terasa berat sangat. Untuk makluman, badan anak saya ni agak tinggi berbanding kawan-kawan seusia. Jadi, nampak selesa dan cantik je dia pakai.

Untuk tahun 2018, plan nak cari beg Swan atau kekalkan pakai beg UTEM tu. Tapi tup tup mak saya bagi beg sekolah Dr. Kong. Memang nampak sangat berkualiti dan selesa. Bila google harga beg ni, fuh paling murah pun rm250 tak silap. Banyak yang rm300 ke atas. Fuhhh lagi. Rezeki anak la, nenek belikan. (Jimat duit ku hehehe)

4 Alat Tulis

Serius, anak darjah 1 selalu hilangkan alat tulis. Pagi bawak 3 pensel. Balik tinggal 1 atau hilang semuanya. Atau pensel dia hilang, tapi pensel kawan dia pulak masuk dalam pencil case dia


Jadi, saya suggest beli alat tulis secara borong. Tak perlu mahal-mahal.

✔️ Pensel
✔️ Pemadam
✔️ Pembaris
✔️ Sharpener

Untuk pensel warna, saya suggest beli Stabilo atau Staedler. Saya tak suggest beli yang murah-murah walaupun warnanya terang.

Saya beli pensel warna murah-murah sebab takut dia hilangkan. Tapi, kelemahannya pensel warna murah ni pakai pagi ni, malam dah kontot. Asal asah, patah. Asal patah, asah. Berkotak-kotak jadinya saya beli. Dan burn gitu.

Kemudian, dalam bulan 5, saya nekad beli 4 kotak pensel warna Stabilo, 12 batang yang panjang. Letak nama siap-siap kat setiap batang pensel dan salotape lagi untuk double protection. Memang jimat! Pensel warna ni tak mudah patah.

Normal la ada hilang cket tapi saya pesan suruh cari hahaa
4 kotak ni bertahan untuk setengah tahun sampai musim exam untuk 2 orang anak. Dan masih ada lagi.

5. Yuran Sekolah

Rasanya sekarang memang tak ada yuran sekolah. Cuma kita kena bayar untuk duit buku, fail, lencana, baju sukan itu ini dalam rm200++ tak silap. Dan tambah untuk PIBG (yuran PIBG ikut sekolah)

Sekolah anak saya, yuran PIBG RM70
Buku teks percuma, dapat pinjaman.
Sekolah agama (di Johor) standby dalam rm100. Kitab dapat pinjaman jugak.

6. Botol Air Dan Bekas Makanan

Benda ni ikut ibu ayah. Ada yang prefer beli bekas tupperware. Ada yang prefer tipuware. Ada yang nak bagi duit je suruh beli dekat kantin.

Untuk anak saya, awalnya saya beli tipuware je. Tengok dulu macam mana. Alhamdulillah anak saya ni walaupun lelaki tapi bekas mesti bawak balik. Ada la 1-2 kali dia tertinggal bawah meja. Tapi esoknya dia akan bawak balik.

So, bila tengok dia ok jaga barang. Jadi saya tukarkan kepada tupperware. Kalau hilang pun saya tak kisha sangat. Niat utama tu supaya makanan tak mudah tumpah atau terbukak.

Botol air saya belikan yang baik jugak tapi masa hari sukan dia hilangkan  terus bagi botol air besi atau yang biasa je.

Alhamdulillah tak hilang sampai sekarang.
Anak saya memang suka bawak bekal. Katanya, bila rehat boleh terus makan, tak payah beratur. Duit belanja saya bagi jugak rm1-2 sehari untuk sekolah kebangsaan. Untuk sekolah agama pun saya bagi rm1-2.
Saya tak bagi banyak duit belanja sebab dah bawak bekal. Masa awal-awal tahun, bagi duit lebih bukannya dia beli makanan tapi habiskan duit kat book shop. Beli pemadam la, sticker la, entah apa-apa lagi benda kecil-kecil (comel) tapi membazir 
Rasanya itu sahaja la persiapan untuk anak masuk darjah 1. Belanja ikut kemampuan dan keperluan.

Dan untuk kesihatan dan kecerdasan, boleh amalkan vitamin-vitamin yang semulajadi dan berkualiti seperti Shaklee.


Dan selalu la bercakap-cakap dengan anak tentang keseronokan masuk sekolah baru, jumpa kawan-kawan, jumpa cikgu, belajar yang best best dan sebagainya.
Baru la anak teruja kan nak pergi sekolah 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu ayah yang mencari info untuk persiapan anak sekolah darjah 1.

Semoga anak-anak kita dipermudahkan urusan menuntut ilmu dan menjadi hamba Allah yang cemerlang di dunia dan akhirat, aamiiin

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...