March 25, 2018

5 TIPS UNTUK MENCEGAH MASALAH KEPUTIHAN DI KALANGAN WANITA

Pengedar Shaklee Johor : 5 Tips Untuk Mencegah Masalah Keputihan Di Kalangan Wanita | Bagaimana caranya untuk mencegah keputihan? Takut kan kalau kena. Tak selesa, gatal, sakit. Amalkan 4 tips di bawah sekali sebagai pencegahan kepada masalah ini.

1)Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, aktiviti berpeluh, bergesel antara peha akan menyebabkan jangkitan bakteria di kawasan intim. Ini kerana kedudukannya yang berdekatan. Selain itu, jika kita selalu membersihkan kawasan dalam celah peha, maka kulit di kawasan itu akan lebih halus dan tidak gelap.

2)Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, tukarlah pad atau panty liner sekerap yang boleh. Jangan dibiarkan terlalu lama kerana mengundang pembiakan bakteria dan kulat.

3)Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon. Pilihan terbaik adalah dari kain kapas yang menyerap peluh dan baik peredaran udaranya.

4)Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik. Kuatkan tahap imun badan agar kita tidak bergantung kepada ubat atau antibiotik.

5)Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga. Pil perancang seperti yang kita tahu, sedikit sebanyak akan menggangu hormon asal kita. Ia juga merupakan faktor kepada masalah keputihan.

Mudah sahaja tips nya kan! Kita ikhtiar sebaiknya untuk elakkan keputihan. Kerana masalah in ini menjejaskan keyakinan diri dan mengancam nyawa kita.

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...