June 19, 2020

TIPS DAPAT ANAK KEMBAR SECARA SEMULAJADI

Tips dapat anak kembar secara semulajadi | Ramai yang teringin nak dapat anak kembar terutamanya sang isteri kan? Hehe mana tak nya, sekali nersalun dapat 2 orang, 4 kalau bersalin kembar dah 8 orang. Haa berangan lebih saya ni hehe

Sebenarnya dapat anak kembar ke anak seorang ke, kita tetap happy kan. Semua dengan kehendak Allah.

Tapi tak salah kita berikhtiar dan memohon doa pada Allah Yang Maha Esa

Jom baca tips dapat anak kembar 😍

1. KAHWIN DENGAN KETURUNAN KEMBAR

Korang cari laa pasangan yg ada jenetik kembar. Memang senang nak lekat anak kembar nanti. Tapi tak juga biras2 akk belum sorang lagi dapat anak kembar πŸ˜†.

Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.
2. HAMIL PADA LEWAT USIA

Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.☺

3. BILANGAN ANAK

Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT BADAN DAN KETINGGIAN

Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet!

6. PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN (bukan cara semulajadi)

Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

Korang boleh la dapatkan consultation dari doktor untuk cuba ambil ubat kesuburan.

7. BANYAKKAN MAKAN UBI, KENTANG DAN SUSU.

Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar.

Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

8. BERDOA PADA ALLAH SWT

Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:
Selamat mencubaπŸ’–πŸ’–πŸ’–

Credit:  bluepinq

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*com x-)
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup. ;-)

    ReplyDelete

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...