Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama
apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah
apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah
si ibu mula consume halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan
menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil
yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak
mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan
kerja serta keletihan yang melampau.
Mengapa alfalfa dikatakan milk booster?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protein dan kalsium serta galian
lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun
kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah
pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan
kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri
untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan
penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang
dikandung ataupun disusukan.
Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi kesan pada bayi seperti bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar.
Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah
pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang
kaya dengan protien.
Tahukah anda?
Protien
Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh
kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan
protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis
protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan
boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam ,
kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement,
pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana
struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka
panjang.
Kalsium
Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium
hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan
ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi
bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk
menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium
diperlukan.
Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum
sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau
apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda
mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta
vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium
tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D
boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!
Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang
seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut
perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam
beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi
memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia
turut membantu dalam penghasilan susuibu.
Air
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan
memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu
minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas
harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah.
Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.
Hubungi saya untuk makluman lanjut!
Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini?
Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat
dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat
baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung
mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang
mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering
keletihan dan sukar bangun tidur.
Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!
Berminat Untuk Mencuba???
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151)
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch)
♥ Contact No : 016-711 3576
♥ email : suhaily.aj@gmail.com
♥ PM di FB : El Naomie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?
PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...

-
Assalamualaikum dan salam ceria semua, Saya doakan semua dalam keadaan hebat dan gembira bersama insan-insan yang tersayang. Ramai ...
-
Testimoni ResV : Polifenol Bantu Kurangkan Simptom Pra Menopause. Menopause ialah satu keadaan yang di alami oleh wanita lewat usia akibat k...
-
PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...
No comments:
Post a Comment