September 17, 2013

Hilangkan Parut Jerawat Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Nak cerita pasal jerawat dan PARUT jerawat hari ini. Saya sendiri ada masalah jerawat sederhana ringan yang mungkin di sebabkan stress, pemakanan yang tak seimbang dan hormon tak stabil kot hehe

Saya mulakan detoks dengan Alfalfa Complex. Selepas consume Alfalfa Complex, jarang sekali jerawat keluar. Memang susah la jerawat keluar kerana Alfalfa fungsinya untuk detoks dan mengeluarkan toksin-toksin yang berkumpul dalam badan.

Masalah jerawat dah selesai, alhamdulillah. Masalah kedua ialah PARUT jerawat pulak hehe. Amalkan Energizing Soy Protein (ESP) setiap hari, pagi dan malam, parut-parut jerawat semakin pudar dan kulit pun lebih cantik gitu ^_^

Nak lagi marvellous, tambah pula Vitamin E Shaklee dengan formula tambahan Grape Seed, walau pun dah improved formula, harga tetap sama, tu yang double wow!!!

Jom kita baca fungsi vitamin E dan ESP ni

1) VITAMIN E
Vitamin E memang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan. Sebab itu, salah satu fungsinya boleh hilangkan parut jerawat sebabnya vitamin E adalah vitamin yang tinggi anti-oksidannya. Ciri ini mampu menggalakkan penyembuhan kulit apabila disapu pada kawasan yang berparut tersebut. Selain digunakan untuk disapu pada kawasan yang berparut, vitamin E juga perlulah diamalkan sebagai supplement harian untuk penyembuhan dari dalam. Untuk kesan optimum, ambil sekali B Complex dan Vitamin C, marvellous hehe

Selain untuk masalah parut, banyak lagi khasiat dan kebaikan vitamin E, antaranya:

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah untuk memperbaiki tisu.
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. 
  • Tips pilih Vitamin E : pastikan di label ada  ditulis d- alpha tocopherol dan pastikan juga vitamin E itu ada unsur selenium agar Vitamin E dapat di serap dengan lebih baik.
2) ESP (OUR BEST SELLER)
  • ESP merupakan sumber protein yang baik. Protein ni amat penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit kita serta membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit.
  • Sel-sel lama dan rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel baru yang sihat. Sebab itu, parut susah nak hilang bila kita tak amalkan protein yang cukup kerana sel-sel yang lama itu tidak dapat digantikan dengan sel yang lebih sihat.
  • ESP juga membantu penyerapan vitamin lain berada pada tahap optimum. Sebab tu, jika ESP diambil bersama suplemen-suplemen lain, ianya akan cepat menyerap dan memberi kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tak ambil ESP bersama.
Antara kebaikan dan khasiat lain ESP:
  • Kekal Muda - Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
3) GLA Complex
Borage, saintifik dipanggil Officinalis Borago adalah tumbuhan herba yang berasal dari Syria. Minyaknya, diekstrak dari biji benih, digunakan oleh doktor naturopathic sebagai anti-radang, mengawal berat badan dan kesihatan kulit.

  • Sebagai Pelembap Kulit Dan Anti Penuaan 
baik untuk kesihatan, melembutkan dan menganjal. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.

  • Digunakan Dalam Manicure
GLA melembapkan dan menguatkan kuku, manakala asid salisilik menghapuskan jangkitan . Sapukan minyak borage ke kuku anda semasa manicure atau selepas mencuci tangan anda.

  • Untuk Kesihatan Rambut
Merawat rambut bercabang, rambut gugur dan masalah kulit kepala. Ia dapat menjana semula lapisan kulit kepala.

  • Mengurangkan Berat Badan
Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan minyak borage boleh mengawal dan menurunkan berat badan. Saintis menyatakan, kandungan GLA yang tinggi, membantu metabolisme dan boleh mengurangkan selera. Untuk menurunkan berat badan, ambil 1-2 kapsul Gamma Asid linolenik (GLA) setiap hari.

  • Athritis
Dikatakan ia boleh menyekat molekul yang menyebabkan keradangan sendi. Ambil 1-2 biji sehari. Jika diambil lebih daripada 3,000 mg GLA setiap hari, peningkatan keradangan mungkin berlaku.

  • Menstabilkan Hormon
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, mengurangkan PMS, mood swing, water retention dan payudara bengkak.

  • Melambatkan Menopause
Mengurangkan simptom menopos seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi, Pengambilan jangka panjang boleh melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus.

  • Membaiki Masalah Prostat
GLA memperbaiki masalah prostat dan masalah kerap kencing.

  • Menentang Kanser
GLA ialah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Testimoni Vitamin E +GLA

Testimoni ESP + GLA Complex

Testimoni B Complex + C +E +Omega Guard
Testimoni Vitamin E


Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...