August 31, 2013

CoQHealth Shaklee membantu JANTUNG SIHAT BERTENAGA

Penyakit Kardiovaskular merupakan pembunuh nombor SATU di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.

Manakala mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang,mengambil supplement berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (COQ10) merupakan salah satu daripada supplement kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung.
Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?
CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.Namun,ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung,hati,buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan.Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga,dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. 

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan.

Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang meyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu,CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah.Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah,termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan ?
Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.
Tambahan lagi,keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia.
Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.
Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. 

Justeru, pengambilan supplement boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita ini.

Penyelesaian Untuk Anda : CoQHealth Plus
CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
**Dos Pengambilan Sebiji kapsul sehari selepas makan.



Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee beserta free consultation.

Daftar Sebagai Ahli Shaklee Untuk Penjimatan Hebat

Bayaran ahli ini hanya RM35 atau Free Membership dengan belian produk minimum 100uv (lebih kurang RM400 ++ mengikut jenis produk). Renew membership secara percuma dan automatik setiap tahun pada harijadi anda.

Dengan syarat ada buat belian walau pun 1 produk sahaja dalam masa 3 bulan sebelum tarikh lahir anda. Mudah kan? Dan sangat berbaloi.

BAGAIMANA BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH? 

Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33%? Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee? Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah “JOIN NOW” untuk daftar sendiri keahlian anda.


Klik di sini untuk Daftar Sebagai Ahli Shaklee Untuk Lebih Penjimatan

ATAU, anda boleh whatsapp saya untuk saya daftarkan dan untuk buat belian produk.


===========

CARA ORDER :
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke +60167113576

Link whatsapp, KLIK > Klik untuk terus ke Whatsapp

Setiap customer yang membeli produk Shaklee dari saya boleh dapatkan free consultation dari saya.

COD Shaklee Kulai, COD Shaklee Senai, COD Shaklee Skudai, COD Shaklee Taman Universiti, COD Shaklee Tampoi, COD Shaklee Bandar Baru Uda, COD Shaklee Kota Tinggi, COD Shaklee Johor Bahru, COD Shaklee Pasir Gudang, COD Shaklee Singapura (Singapore)
  • Email : suhaily.aj@gmail.com
  • Like Fb Fanpage : Success Familia
  • Instagram : el_naomie
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..

August 28, 2013

Penyakit Talasemia dan Vitamin Shaklee Yang Sesuai

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. 

Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia.

Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah.

Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
Talasemia minor

Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major 

Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia
Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

· Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.

· Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

· Jaundis

· Tumbesaran terbantut

· Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.

· Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia
1.Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

2.Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

3.Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

4.Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. 

Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Cadangan Vitamin
Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia.

Namun supplemen yang harus diambil adalah
1.Vitamin B complex. 
Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

2.Vitamin E 
juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

3.Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) 
juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

4. Energizing Soy Protein 
juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Berminat Untuk Mencuba??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

August 27, 2013

Khasiat VIVIX Shaklee Yang Terbaik

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Penjelasannya;
Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan

2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius

3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung

4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis

5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf

6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk

7) Membantu dlm proses penurunan berat badan

8) Menyokong kesihatan mata

9) Meningkatkan kesihatan imum badan

10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit serius, antaranya :

• Diabetes

• Kolestrol tinggi

• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)

• Tekanan Darah Tinggi

• Alzheimer atau nyanyuk

• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang

• Gout

• Letih

• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)

• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)

• Kanser dan tumor

• Katarak dan masalah mata

• Masalah saraf

• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh

Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan.

Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

Testimoni Vivix


Testimoni Vivix


Testimoni Vivix


Testimoni Vivix



Berminat Untuk Mencuba???
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151)
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch)
♥ Contact No : 016-711 3576
♥ email : suhaily.aj@gmail.com
♥ PM di FB : El Naomie

August 22, 2013

Vitamin untuk Buasir Dari Shaklee

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis Buasir
******************
Buasir dalaman -Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Sebab Utamanya
****************

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual


Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee

1. OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2. OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3. ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Tip-tip membantu masalah Buasir
***************************
Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 -3 liter sehari

Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doctor



Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

OVARIAN CYST: ADAKAH IA MERBAHAYA? PERLUKAH DIBUANG?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


Sejak akhir-akhir ini kes ovarian cyst ni dah menjadi semakin berleluasa di kalangan wanita di Malaysia. 


Semakin hari, semakin ramai juga wanita sama ada tua atau muda yang mengadu tentang masalah cyst mereka.

Bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil, ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. Malah, pada sesetengah kes, ovarian cyst ini boleh bertukar menjadi ovarian cancer.

Apa itu OVARIAN CYST sebenarnya?
Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis. 


Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita dan kebiasaannya lewat untuk dapat dikesan kewujudannya. Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil, sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.

Menurut kata Dr. Zubaidi Hj.Ahmad, Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit. Dr.Zubaidi juga berkata,

"Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst."

Kebanyakan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesuburan mereka. 


Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. 

Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin membesar dan terus membesar.

Perlukah ovarian cyst dibedah?
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setaip pesakit. Oleh itu, setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan. Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan.

1) Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.


2) Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.


3) Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya disangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagi ovarian cancer. Semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.

Bagi ovarian cyst yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. 


Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;

>> Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari.
>> Ovarian cyst melebihi saiz 5cm.
>> Ovarian masih kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
>> Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
>> Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung.
>> Menggunakan pil perancang kehamilan.
>> Pesakit telah menopause.
>> Pesakit adalah gadis remaja.

Adakah supplement Shaklee yang boleh membantu wanita yang mempunyai ovarian cyst ini?

YA! GLA COMPLEX adalah jawapannya



GLA COMPLEX berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita, ia menjaga dalaman dan kesannya, sangat baik. Dengan bahan asasnya minyak Bunga Borage, minyak biji bunga matahari serta Vitamin E semulajadi, GLA Complex juga mampu untuk:

» Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
» Membantu meningkatkan kesuburan
» Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
» Membantu dalam menangani menopaus
» Mengecilkan saiz cyst
» Menguatkan kuku dan rambut
» Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
» Membantu menangani ekzema
» Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
» Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
» Menguatkan imuniti tubuh
» Memperlahankan proses penuaan
» Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
» Mengawal kencing manis dan darah tinggi
» Mengawal kolesterol
» Untuk fungsi saraf


Testimoni 1

Testimoni 2

Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee beserta free consultation.

Daftar Sebagai Ahli Shaklee Untuk Penjimatan Hebat

Bayaran ahli ini hanya RM35 atau Free Membership dengan belian produk minimum 100uv (lebih kurang RM400 ++ mengikut jenis produk). Renew membership secara percuma dan automatik setiap tahun pada harijadi anda.

Dengan syarat ada buat belian walau pun 1 produk sahaja dalam masa 3 bulan sebelum tarikh lahir anda. Mudah kan? Dan sangat berbaloi.

BAGAIMANA BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH? 

Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33%? Daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee? Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah “JOIN NOW” untuk daftar sendiri keahlian anda.


Klik di sini untuk Daftar Sebagai Ahli Shaklee Untuk Lebih Penjimatan

ATAU, anda boleh whatsapp saya untuk saya daftarkan dan untuk buat belian produk.


===========

CARA ORDER :
===========

☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke +60167113576

Link whatsapp, KLIK > Klik untuk terus ke Whatsapp

Setiap customer yang membeli produk Shaklee dari saya boleh dapatkan free consultation dari saya.

COD Shaklee Kulai, COD Shaklee Senai, COD Shaklee Skudai, COD Shaklee Taman Universiti, COD Shaklee Tampoi, COD Shaklee Bandar Baru Uda, COD Shaklee Kota Tinggi, COD Shaklee Johor Bahru, COD Shaklee Pasir Gudang, COD Shaklee Singapura (Singapore)
  • Email : suhaily.aj@gmail.com
  • Like Fb Fanpage : Success Familia
  • Instagram : el_naomie
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..

August 18, 2013

Kepentingan GARLIC / Bawang Putih SHAKLEE

GARLIC, SPEARMENT DAN ROSEMARY


Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada: - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection) - Perut memulas (stomach upset) - Cirit-birit (Diarrhea) - Bronkitis - Luka-luka (infected wounds) - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambil supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Credit: sihatmacamyaya.blogspot.com


Berminat Untuk Mencuba??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) (id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

August 16, 2013

Bagaimana anda boleh kurus dengan Omega Guard???

Menurut National Institutes of Health, Supplement Minyak Ikan bukan sahaja dapat mengurangkan kolestrol bagi penghidap Darah Tinggi malahan dapat memecahkan lemak bagi individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Omega-3 fatty acids @ polyunsaturated fatty acid dijumpai dalam minyak ikan yang mana sangat penting dalam diet harian anda kerana ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan.

Omega 3 Fatty Acid yang terkandung dalam OMEGA GUARD SHAKLEE dapat mempengaruhi hormon yang dikenali sebagai LEPTIN iaitu hormon yang signifikan dalam mengawal SELERA MAKAN. Leptin akan menghantar isyarat kepada otak untuk mengawal selera makan sekaligus mengurangkan rasa lapar. Leptin juga meningkatkan KADAR METABOLISME dimana ia menukarkan LEMAK daripada makanan kepada TENAGA. Jika badan kita gagal memberikan respon yang baik kepada Leptin, kita akan berasa cepat lapar dan badan akan menyimpan banyak lemak seterusnya menyebabkan kegemukan.



~SET KURUS SHAKLEE BERTAMBAH HEBAT APABILA diambil bersama kombinasi : 

OMEGA + LECITHIN + ALFALFA+ESP/CINCH


Lecithin:- sebagai agen memecah dan menguraikan lemak.pengambilan lecithin dapat menghalang obesiti & mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Alfalfa:- dapat menyingkirkan lemak, kolesterol & sebagai pengangkut keluar lemak dari badan


TESTIMONI 1



 Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

GLAUCOMA?? Jom Amalkan CAROTOMAX Shaklee Sebagai Vitamin Untuk Mata Sihat

Apa itu glaucoma?
Glaucoma merupakan sejenis penyakit saraf mata., iaitu saraf optic “optic nerve”. Optic nerve secara semulajadinya akan menerima impuls daripada cahaya di retina dan akan menghantar impuls tersebut ke bahagian otak yang membolehkan kita sebagai manusia dapat melihat objek tersebut.

Glaucoma dicirikan sebagai penyakit saraf optic yang biasanya dimulai dengan symptom kehilangan daya penglihatan pada bahagian peripheral. Jika ianya tidak dirawat, glaucoma boleh menyebabkan kesan yang lebih serius termasuk kehilangan deria penglihatan keseluruhannya.

Apa punca-puncanya?
Glaucoma boleh disebabkan oleh beberapa sebab. Antara yang paling kerap ialah meningkatnya tekanan (pressure) di dalam mata yang seterusnya merosakkan saraf mata (optic nerve).Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, optic nerve merupakan saraf utama bagi mata untuk penglihatan. Bentuk bulat bebola mata berjaya dikekalkan dengan wujudnya tekanan yang di dalam bebola mata, di mana nilai normalnya ialah antara 8mm sehingga 22mm of mercury. Apabila tekanan berada pada nilai yang terlalu rendah, bebola mata akan menjadi lebih lembut, manakala peningkatan tekanan di dalam mata akan menyebabkan ianya lebih keras. Optic nerve merupakan bahagian di dalam mata yang paling mudah untuk rosak disebabkan oleh peningkatan tekanan ini.

Terdapat beberapa golongan dan individu yang mempunyai risiko untuk menghidap glaucoma, antaranya ialah

1. Faktor keturunan
2. Usia lebih 45 tahun
3. Kencing manis (diabetes)
4. Pernah mengalami kecederaan di dalam mata
5. Penggunaa ubat cortisone (steroid)

Jom makan Carotomax Shaklee sebagai Vitamin Untuk Mata Sihat


Setiap dari kita mesti mahukan mata kita sentiasa sihat walaupun kadangkala kita lupa untuk menjaga mata dengan baik sebenarnya. Bagi yang mengalami masalah mata silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak,glaucoma, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya, mesti tercari-cari apakah supplemen ataupun vitamin yang sesuai untuk mata anda...Saya ada jawapan untuk masalah mata anda..

Apa itu Carotomax Shaklee?
Carotomax adalah beta karotena merupakan prekursor vitamin A yang didapati selamat untuk pengambilan berbanding vitamin A.

Carotomax mengandungi 6 variati karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti:-
¤ rumpai laut,
¤ tomato,
¤ biji anggur,
¤ brokoli,
¤ marigold,
¤ epal,
¤ kentang,
¤ minyak sawit dan lain-lain.

Ahli nutrisi telah mencadangkan bahawa pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk kita mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah. Justeru, dapat memelihara kesihatan penglihatan kita, kesihatan kulit dan juga dapat mencegah dari kanser. 


Bahan-bahan yang digunakan dalam Carotomax Shaklee adalah dari SUMBER SEMULAJADI..
Jadi, ia SELAMATdigunakan dan InsyaAllah dengan penggunaan yang konsisten dapat mengurangkan masalah mata anda.

Antara Faedah yang akan anda dapat dari pengambilan Carotomax Shaklee ini ialah:-


  • Lebih Selamat dari Penggunaan Vitamin A
Mempertingkatkan Penglihatan dari masalah silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak,GLAUCOMA, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya.

  • Meredakan penyakit kulit seperti ulser kulit, kulit kering, jerawat dan akne, psoriasis, scabies dan sebagainya

  • Melindungi Epithelial iaitu memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.

  • Melawan Kanser dan Oksidasi terutama kanser payudara dan paru-paru. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

  • Menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru iaitu batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema. 

TESTIMONI 1
 TESTIMONI 2

TESTIMONI 3

Apa tunggu lagi, jom ber 'carotomax' untuk kesihatan mata yang sangat penting bagi kita semua.

Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

August 14, 2013

Peppermint Ginger Plus Shaklee


Halia Sebagai Pembuka Selera, Penawar Gastrik, Selsema dan Batuk, Loya, Sakit Otot

Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah.


Halia sebagai pembuka selera dan penawar gastrik
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan.

Halia pengganti ubat selsema dan batuk
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, anda tak perlu lagi makan ubat batuk dan selsema yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Halia merupakan penawar semulajadi.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut.

Halia pengubat sakit otot
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda.

SEMUA KHASIAT ADA DALAM PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE



Bunyinya memang senang, rendam, rebus, kemam, kunyah, masak dan sebagainya. Tapi nak buat tu la yang kurang rajin. Betul tak? Saya penggemar halia ni pun tak rajin apatah lagi yang tak berapa gemar dengan rasa dan bau halia. Haa..dengan Peppermint Ginger Plus (PGP) ni anda tak perlu risau lagi. Kalau suka, boleh dilarutkan dalam air / teh O panas...sedap dan menyegarkan. Kalau tak suka, boleh telan begitu saja jadi tak rasa apa-apa namun khasiatnya sama.

MANFAAT UTAMA PEPPERMINT-GINGER PLUS

Pudina: Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu penghadaman, mabuk perjalanan, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul akibat rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema akibat kesejukan. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan kekal fokus.

Halia: Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, senggugut, loya dan mual ketika mengandung dan semasa dalam pantang. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia juga merawat dan mencegah masalah mabuk perjalanan.

Adas/ Jintan (fennal): Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan selsema. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Jintan Manis (anise): Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala senggugut, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang ringan, melegakan haba di musim panas dan lembap, menjana tenaga badan dan lembut pada perut.

RESEPI PEPPERMINT-GINGER PLUS SAYA

# Peppermint dilarutkan dalam teh hijau
# Peppermint dilarutkan dalam susu suam

Pssst..ada pelanggan saya yang kunyah macam tu saja tau masa memandu untuk elak mengantuk dan pening dalam perjalanan. Boleh cuba, mungkin ada suka

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Berminat Untuk Mencuba??? 

♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

TIPS TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU

Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.
Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
(id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

August 01, 2013

Advanced Joint Health Tablet Shaklee





Sangat bagus untuk mereka yang ada masalah dengan sendi, selalu lenguh2 badan terutama lutut.

AJHT = MENGEKALKAN TULANG RAWAN YANG SIHAT
# menyokong keselesaan sendi memelihara tisu penyambung yang sihat
# meningkatkan kesan kusyen dalam sendi

AJHT + OMEGA GUARD = MENGURANGKAN INFLAMASI
# Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. 

# Ia membantu mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. # Omega juga bertindak sebagai PELINCIR, membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas dan selesa. 
# Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

AJHT + OSTEMATRIX = MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

# KALSIUM penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen.
# MAGNESIUM pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.
# Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium.
# Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthirtis dan osteoporosis.


Pengedar Sah Shaklee, SMS/Whatsapp : 016-7113576 Fb : El Naomie Email : suhaily.aj@gmail.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..

PERSIAPAN VITAMIN UNTUK HARI RAYA

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera semua
Biasa kalau Hari Raya, mesti kita ter 'makan' lebih dan yang berminyak serta berkolestrol tinggi kan hehe...ngaku x...^_^
Lepas tu Perut Sebu sebab makan banyak sangat. Lemak dan kolestrol pun bertimbun-timbun masuk dalam badan, maklum la setahun sekali raya, jumpa kaum keluarga pula, memang tak sedar apa yang kita makan dan minum. 

Jadi, hari ini saya nak share dengan anda semua untuk ambil sesuatu yang semulajadi seperti supplement Shaklee. Bukan sahaja untuk bakar lemak, malahan juga supplement untuk pemandu yang akan memandu jarak jauh.

Jom bersiap sedia dengan vitamin yang sesuai dan bagus di ambil masa Hari Raya nanti pada waktu yang tak terduga.


BAKAR LEMAK dan KOLESTROL drpd bertimbun dalam sistem darah kita lalu membebankan hempedu,jantung dan buah pinggang: Wajib Ada : 1.LECITHIN
2.OMEGA GUARD

3.ALFALFA
Alfalfa membantu melancarkan pembuangan dan juga berfungsi sebagai DETOKS untuk usus.


PERUT SEBU 

1. PEPPERMINT GINGER PLUS
memang best peppermint ini, buang angin sekali ^_^
 
DEMAM,SELSEMA,SAKIT KEPALA
1. NUTRIFERON

2. PERFORMANCE DRINK
Insyaallah amat membantu pemulihan pada kadar segera.


Bagi yang TRAVEL JAUH/MEMANDU
1. B COMPLEX

2. OSTEMATRIX(Kalsium)
3. Cinch Energy Tea
4. PERFORMANCE DRINK
 
Ostematrix membantu menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan dan letih semasa memandu.

Performance Drink membantu badan agar tidak terhidrat. Nama pun "Performance" memang perform la lepas minum hehe, in shaa Allah, Cinch Energy Tea juga membuat badan rasa bertenaga.

Berminat Untuk Mencuba??? 
♥ Shaklee Independent Distributor (ID No : 906151) 
 (id diperlukan jika anda beli sendiri di branch) 
♥ Contact No : 016-711 3576 
♥ email : suhaily.aj@gmail.com 
♥ PM di FB : El Naomie

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...