September 23, 2014

KESAN ALAHAN MENGANDUNG YANG TERUK

Loya, mual, muntah, tidak sedap badan atau dipanggil morning sickness adalah sesuatu yang dianggap normal untuk wanita hamil. Malah, dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita hamil mengalaminya. Lazimnya, morning sickness berlaku pada awal kehamilan iaitu di minggu ke lima hingga minggu ke enam. Namun, ia akan beransur-ansur pulih apabila kandungan mencecah usia 16 hingga 18 minggu.

Namun, jika anda terlalu kerap muntah tidak kira masa, urin mengandung ketosis serta tidak berselera makan sehingga berat badan turun sehingga  5 peratus daripada berat badan asal, ia adalah dinggap alahan yang keterlaluan. Masalah ini dikenali dan dikategorikan sebagai hyperemesis gravidarum.
Antara simptom lain yang mungkin menjadi petunjuk kepada masalah hyperemesis gravidarum adalah seperti wajah yang pucat, pening, mudah letih, kurang bermaya dan kekurangan air. Pada peringkat pertama, anda biasanya akan mengalami muntah 3 hingga 4 kali sehari. Dan anda tidak berselera untuk makan dan minum sehingga badan menjadi lemah. Ia menyebabkan masalah penurunan berat badan 2 ke 3 kilogram dalam tempoh 1 ke 2 minggu.

Hyperemese gravidarum pada peringkat kedua dan ketiga adalah lebih parah sehingga anda tidak mampu menyedari keadaan diri sendiri. Denyutan nadi semakin kecil dan cepat, suhu badan meningkat, mata kuning dan cengkung, darah menjadi pekat, urin berkurangan dan sukar membuang air besar.
Keadaan pada tahap ketiga adalah lebih teruk. Anda tidalmlagi mengalami muntah tetapi anda tidak sedarkan diri di mana nadi mengecil dan cepat, suhu badan meningkat dan tekanan darah menurun.
Oleh itu, jika anda mengesyaki diri berkemungkinan mengalami hyperemesis gravidarum di awal kehamilan, maka segera lah mendapatkan pemeriksan agar doctor dapat membuat pengesahan dan memberikan rawatan lanjut supaya tidak mendatangkn masalah kepada anda dan kandungan.

KESAN ALAHAN KEPADA DIRI DAN KANDUNGAN

Antara kesan dan risikonya adalah kekurangan zat makanan yang ketara, kekurangan air dalam badan sehingga mengganggu elektrolit dan kehilangan berat badan secara ketara.
Juga, masalah tekanan darah tinggi, hati dan buah pinggang. Malah dalam keadaan yang lebih parah, ada juga penghidap hyperemesis gravidarum yang mengalami pendarahan di tekak dan retina sehingga menggangu fungsi asalnya.

Hyperemesis gravidarum juga boleh membahayakan nyama anda dan kandungan akibat kekurangan thiamine lalu menyebabkan koma. Risiko yng bakal dihadapi akan semakin meningkat jika anda mengalami tekanan atau stress. Maka, kawal la stress anda dan sentiasa ceria dan positif.

SIAPAKAH GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI?

Sesiapa sahaja boleh mengalami hyperemesis gravidarum. Namun segelintir wanita yang berisiko tinggi adalah golongan wanita muda berumur 30 tahun kebawah dan pertama kali hamil, penghidap migrain, tiroid dan kencing manis. Faktor keturunan juga memainkan peranan. Anda berisiko mengalami hyperemesis gravidarum jika ibu anda juga pernah mengalaminya semasa kehamilan.

Fakta menarik yang perlu anda ketahui ialah golongan wanita yang hamil anak perempuan adalah lebih berisiko tinggi.

PETUA DAN TIPS MENGATASI MASALAH LOYA/MORNING SICKNESS 

# Jaga Pemakanan
Elakkan diri dari mengambil makanan yang pedas dan berlemak.

# Jangan Berlapar
Makan setiap kali perlu. Ambil kuantiti makanan yang sedikit tetapi kerap.

# Minum Air Halia
Minum air yang mengandungi perisa halia atau pudina. Namun, jangan minum terlalu banyak dan makan juga bersama biskut kering perisa lemon atau halia.

# Minum Air yang Cukup
Minum air dalam jumlah yang mencukupi untuk mengisi semula jumlah air yang hilang.

# Minum minuman isotonik yang mengandungi sodium dan potasium tetapi pastikan tiada gas dan rendah gula.
Sebagai perunding vitamin Shaklee, saya syorkan anda untuk minum air Performance Drink yang mampu memberi tenaga dan elektrolit dan mencegah dhydrate. Rasa oren nya juga sedap dan menyegarkan. Tiada gas dan rendah gula.

INFO DARI MAJALAH PA & MA
Pengambilan vitamin yang mencukupi sebelum hamil akan mengurangkan masalah hyperemesi gravidarum.

Saya syorkan semua ibu yang merancang untuk hamil dan yang telah berjaya hamil agar menjaga pemakanan, mengawal stress dan ambil vitamin semulajadi sebelum dan semasa hamil.

Perunding Vitamin Shaklee Anda.
Saya boleh dihubungi melalui,
Sms/Whatsapp Ell : 016-7113576
Email : suhaily.aj@gmail.com
Facebook : El Naomie

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU KULAIJAYA DAN SINGAPURA
Vitamin Asas Untuk Ibu Hamil
PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU KULAIJAYA DAN SINGAPURA
Performance Drink Mengelakkan Dehidrasi Dan Memberi Tenaga

1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai tips rawatan morning sickness. Morning sickness ini harus dirawat dengan betul kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan bayi yang dikandungnya. Sekiranya cara rawatan sendiri tidak berhasil dan si ibu mempunyai tanda-tanda dehidrasi, janganlah teragak-agak untuk mendapatkan khidmat doktor.

    ReplyDelete

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...