October 21, 2014

BAGAIMANA VITAMIN C MENJADIKAN KULIT CANTIK, CERAH DAN LICIN?

Bagaimana Vitamin C Menjadikan Kulit Cantik, Cerah dan Licin? : Ramai yang tertanya-tanya bagaimana vitamin C menjalankan kerjanya dalam menjadikan kulit kita cantik, cerah dan licin bukan?  Dan adakah kandungan vitamin C dalam badan kita mencukupi?

Salah satu petanda bahawa badan kita mengandungi kandungan vitamin C yang rendah ialah apabila badan kita mudah terjadi lebam. Contohnya seperti bila terhantuk sedikit sahaja di meja makan mula lah timbul lebam biru dan agak besar pada kulit anda.

Vitamin C dan pengambilan protein adalah penting untuk membentuk jisim pelekat yang juga dikenali sebagai kolagen yang mengikati bersama akan sel-sel. Bayangkan sel-sel kulit anda sebagai batu-bata protein, simen yang melekatkan batu-bata ini pada tempatnya ialah kolagen. Tanpa simen (kolagen) yang mencukupi, jisim-jisim boleh bocor atau keluar menerusi batu-batu (sel-sel kulit).

Apabila kandungan vitamin C dalam badan kita rendah, kita mudah lebam bila terhantuk sesuatu. Lebam ini sebenarnya ialah darah yang telah meniris keluar di antara sel-sel menerusi kolagen yang tidak membentuk dengan baik itu.

Gambar A : Susunan batu-bata yang melekat dan disusun cantik
 
Gambar B : Susunan batu-bata yang tidak teratur akibat simen yang lemah

Batu-bata dan Simen = Sel-sel Kulit dan Kolagen
Berdasarkan ilustrasi di atas tadi, jika kita menggunakan simen yang lemah untuk mendirikan tembok batu, maka corak dan kekuatan tembok itu akan musnah dan tidak cantik. Demikian juga halnya jika kolagen yang anda keluarkan itu lemah dan kurang vitamin C.

Kekurangan vitamin C akan mengakibatkan kulit seperti batu-bata Gambar B di atas iaitu :
  • Kulit menjadi kering, mengelupas dan mudah lebam. 
  • Selain itu, jerawat juga mudah timbul bila kita kekurangan vitamin C. Bila pertahanan tembok kulit lemah, kulit juga mudah berbenjol, berkedut dan cenderung mempunyai liang atau pori-pori mula yang besar. Atau kelihatan seperti kulit buah oren yang telah kering. 
  • Vitamin C juga perlu untuk fungsi tiroid yang normal. Tiroid mesti berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan kulit yang halus dan licin. 
  • Vitamin C juga merupakan anti radikal bebas seperti vitamin E juga. Dua vitamin ini sangat bagus bila bersama-sama melindungi sel-sel anda walaupun dalam cara yang berbeza. 
  • Vitamin C ialah vitamin larut air dan ia berfungi paling efektif di sel yang berada dalam kawasan berair. Manakala vitamin E pula ialah vitamin larut lemak dan ia berfungsi paling efektif di sel yang berada di kawasan berlemak. 

Tahukah anda jika anda menghisap sekotak rokok, anda akan membakar hampir 500mg vitamin C. Tekanan fizikal dan mental juga boleh memusnahkan vitamin C ini. Vitamin C tidak boleh disimpan lama dalam badan kerana ia adalah vitamin larut air. Kita disarankan mengambil vitamin C secara rutin sekurang-kurangnya 500mg.

Tips memilih Vitamin C yang bermutu 
  • Jangan mengambil vitamin C dalam bentuk asid askorbik biasa. 
  • Supplement C anda harus mengandungi bioflavonoid iaitu campuran nutrien-nutrien yang wujud bersama vitamin C dalam alam semulajadi. Bioflavonoid akan membantu mengekalkan kekuatan saluran-saluran darah yang bersaiz halus mahupun sederhana. 
  • Pilih vitamin C yang mempunyai formula pelepasan masa (sustained release) dimana vitamin C akan dilepaskan perlahan-lahan mengikut jam.



Berita Baik!!
Vitamin C Shaklee menepati tips-tips memilih vitamin C yang berkualiti seperti di atas.
  • Ianya diformulakan dengan konsep pelepasan masa (sustained release) iaitu ianya akan dilepaskan atau diguna oleh badan sebanyak 100mg dalam setiap jam. Vitamin C sustained release Shaklee adalah sebanyak 500mg dan 1 botol mengandungi 180 tablet. Banyak kan! Sangat berbaloi untuk kegunaan anda sekeluarga. Tak nak la cantik sorang-sorang kan, mesti nak satu keluarga cantik dan sihat :-) 
  • Ianya juga mengandungi bioflavonoid untuk penyerapan yang optimum. Kulit kita perlukan nutrien-nutrien penting agar kulit akan sentiasa sihat, cantik dan lembut. 
(Testimoni Gembira Pengguna Sustained Release Vitamin C Shaklee)





Nampak perubahan yang ketara kan? yang paling penting vitamin C Shaklee adalah dari jenis semulajadi bukan sintetik, maka penyerapannya adalah lebih efektif dan mudah diserap oleh badan kita.

Kenapa Vitamin Shaklee Selamat dan Berkesan?
  • Lebih 350 ujian bagi setiap bahan yang digunakan
  • Setiap produk yang dikeluarkan oleh Shaklee dikaji oleh ramai saintis
  • Lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun
  • 23,000 ujian ketulenan dan keselamatan
  • 80,000 ujian potensi dan kualiti
  • Tanpa Bahan Tiruan
  • Tanpa Bahan Kimia Berbahaya
  • Shaklee telah berada di pasaran lebih daripada 57 tahun
Kulit dan diri anda selayaknya mendapat nutrisi Vitamin C yang terbaik dan terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.


Perunding Vitamin Shaklee anda,
Jika anda mahu order, boleh hubungi saya melalui,
Sms/Whatsapp/Call Ell : 016-7113576
Email : suhaily.aj@gmail.com
Facebook : El Naomie
'Berani Untuk Sihat'

Mari sertai kami dalam keluarga besar Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli di bawah group kami yang semestinya mengujakan!!!
Posted via Blogaway

2 comments:

  1. vitamin c memang diakui bagus sangat untul kulit...terbaiklah produk shaklee

    ReplyDelete
  2. Vitamin C memang bagus HB, kulit cantik dan imun badan pun semakin meningkat

    ReplyDelete

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...