August 08, 2017

4 TIPS MEMILIH MINYAK IKAN TERBAIK DAN SELAMAT



4 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik Dan Selamat| Di pasaran memang terlalu banyak pilihan supplement minyak ikan. Kita kena baca label dan pastikan kandungan Omega 3 (DHA dan EPA). Kena pilih betul-betul. 
PARAS OMEGA 3 (DHA, EPA)  YANG TINGGI

Jika anda lihat di dalam gambar di atas. Anda dapat lihat perbezaan kandungan DHA dan EPA di antara satu jenama dengan jenama yang lain. 
Ada jenama yang mengatakan nilainya 1000mg. Tapi bila dilihat kandungan DHA, EPA nya hanya 30%. Selebihnya, iaitu 70% hanyalah lemak ikan. Kita tak nak lemak ikan kerana yang kita perlukan ialah kandungan DHA, EPA nya.
.
Jadi, perhatikan betul-betul ya sebelum membeli.
.
Sebagai contoh, minyak ikan yang pertama menunjukkan 70% lemak ikan dan hanya 30% Omega 3. Maknanya, kita hanya dapat 30% DHA dan EPA. Selebihnya, hanya lemak ikan.
.
Minyak ikan yang kedua pula menunjukkan 40% lemak ikan dan 60% Omega 3.
.
Dan kajian yang terakhir ialah Omega Guard dari Shaklee yang menunjukkan 99% Omega 3! Hampir 100% kandungan Omega 3 yang ada di dalam Omega Guard Shaklee!

Anda juga akan dapat lihat melalui jadual di atas bahawa TOTAL DHA & EPA di dalam Omega Guard adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan minyak ikan yang lain. Jadi kenapa masih ragu dan masih belum beralih arah?
Keistimewaan Minyak Ikan Shaklee yang tak boleh disangkal lagi..!!!
.
MEMPUNYAI GRED FARMASEUTIKAL YANG TINGGI
Omega Guard dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega 3 paling tulen.
.
Teknologi ini dapat menyingkirkan logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri dan sebagainya.
.
Kebanyakan jenama lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Namun kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri dan sebagainya. 
Info tambahan yang saya dapat daripada nutrionist Shaklee : katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul. 
Kalau ada pun hanya penyulingan 1 kali atau2 kali. Kenapa? 
Sebab penyulingan proprietari tiga molekul ini merupakan satu proses yang mahal.
Shaklee sahaja yang melalui penyulingan 3 kali sebab nak berikan yang terbaik untuk pengguna.
SUMBER IKAN KECIL LAUT DALAM DAN SEJUK
Omega Guard tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana hati mengandungi kandungan toksik yang tinggi.
.
Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kita boleh tau kadar merkuri dan logam berat berdasarkan jenis-jenis ikan. Ikan-ikan yang digunakan oleh Shaklee adalah ikan yang tahap merkurinya terendah. 
Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi berbanding ikan lain. Ditambah dengan proses penyulingan 3x.. walla.. terbaekkk lagiii. 

PERBANDINGAN ANTARA JENAMA LAIN

Satu sajian Omega Guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual di atas, kandungan EPA dan DHA di dalam Omega Guard Shaklee adalah yang tertinggi berbanding jenama lain. 
Omega Guard..antara suplemen yang sangat digalakkan untuk kita consume setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yang perlu untuk badan kita utk proses metabolisma, untuk otak,  untuk alahan, mengurangkan serangan asma, mengurangkan keradangan sendi, untuk kesihatan jantung, untuk kawal berat, untuk kulit yang cantik kemerah-merahan 😄
Memang satu famili perlukannya untuk kesan jangka masa panjang. Bijak membeli bermula dengan bijak merancang dan bijak memilih. Harap info di atas bermanfaat buat semua pembaca.
Tak rugi melabur pada Omega Guard kerana kesannya kita boleh rasa dan nampak setelah mengamalkannya secara konsisten. 





These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...