September 26, 2017

5 Jenis Zat Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil

5 Jenis Zat Penting Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil | Ibu hamil perlu memastikan diri mereka mendapat nutrisi dan zat yang mencukupi untuk tumbesaran janin dan memastikan kesihatan ibu pada tahap yang terbaik

5 Zat Yang Diperlukan Ibu Hamil


  • Asid Folik
  • Asid Lemak Omega 3
  • Protein
  • Zat Besi
  • Kalsium

1. ASID FOLIK

Asid folik penting diambil 3 bulan sebelum merancang hamil. Ianya penting untuk mencegah neural tube pada janin. Asid folik diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. 

Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang sangat penting untuk tumbesaran normal. 

Asid folik sangat berkesan bila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. 

CONTOH SUMBER MAKANAN :

  • Kurma
  • Ayam
  • Barli
  • Daging Lembu
  • Gandum
  • Bijirin
  • Sayuran Berubi
  • Vitamin Shaklee : B Complex with folic acid

2. Asid Lemak Omega-3 

Omega-3 penting untuk perkembangan saraf otak bayi. Omega-3 termasuklah DHA sangat diperlukan untuk pembentukan sistem saraf pusat janin. Kajian menunjukkan bahawa gangliosida mempengaruhi struktur otak terutama bagi fungsi belajar dan mengingat. 

Omega-3 dipanggil asid lemak perlu kerana ia tidak dihasilkan oleh badan. Ia perlu diambil dari pemakanan harian. 

CONTOH SUMBER MAKANAN :

  • Ikan
  • Minyak Ikan
  • Telur Omega-3
  • Vitamin Shaklee : Omega Guard

3. PROTEIN

Protein diperlukan untuk membaiki sel-sel badan yang rosak. Tahukah anda, badan ibu hamil bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi.

Oleh itu, tubuh ibu hamil memerlukan protein tambahan. Ia diperlukan untuk menyokong pertumbuhan jaringan pada janin.



CONTOH SUMBER MAKANAN :

  • Ayam, Ikan, Daging
  • Produk Tenusu
  • Kekacang
  • Produk Soya
  • Sayuran Hijau
  • Vitamin Shaklee : Energizing Soy Protein (ESP) 
4. ZAT BESI

Zat besi penting untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke tisu. Zat besi diperlukan dalam pembentukan hemoglobin. 

Ketika hamil, penggunaan zat besi bertambah sebanyak dua kali ganda. Jika ibu kekurangan zat besi, ibu akan mudah lesu, lwtih dan mudah dapat penyakit berjangkit. Ibu juga berisiko melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan. 

CONTOH SUMBER MAKANAN :

  • Hati
  • Tiram, Kerang
  • Kekacang
  • Sayur
  • Vitamin Shaklee : Vitalea with iron formula
5. KALSIUM

Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25mg - 30mg sehari daripada ibunya. Pada trimester ke tiga, janin akan mengambil paling banyak kalsium dari ibunya. 

Jika bekalan kalsium tidak cukup, maka janin akan mengambil kalsium dari tulang ibunya. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi sekitar 1000mg

CONTOH SUMBER MAKANAN :
  • Susu
  • Yogurt
  • Keju
  • Sayuran Hijau
  • Bijirin
  • Vitamin Shaklee : Ostematrix



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

LIKE MY FanPage: Success Familia
Follow my Instagram : el_naomie

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...