September 26, 2017

Bagaimana Cara Merangsang Bayi Sejak Dari Dalam Kandungan


Bagaimana cara merangsang bayi sejak dari dalam rahim ibu? |Ramai ibu hamil, selain mengimpikan bayi yang sihat dan comel, ramai yang inginkan bayi yang bijak. Kan? 

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa bayi boleh dirangsang sejak dari dalam kandungan.  Ibu hamil selalu disyorkan untuk berkomunikasi dengan bayi sejak bayi dalam kandungan. Ini kerana bayi dalam rahim boleh mendengar bunyi, merasa sentuhan lembut di perut, merasa panas sejuk serta turut terkesan dengan emosi ibu. 

Teruja nak tahu caranya? Okay jommm

Jom mulakan komunikasi dengan si comel yang berada di dalam rahim ibu. Suami, anak-anak yang lain, atuk nenek juga digalakkan turut serta dalam aktiviti ini ☺️

Saya kongsikan 4 cara yang mudah dan berkesan, inshaAllah


1. Mendengarkan Alunan Al Quran dan Muzik Lembut
Bagi orang Islam, sangat digalakkan kita mendengarkan serta membaca Al-Quran. Dan boleh juga mendengarkan bayi dengan frekuensi-frekuensi nada rendah/klasik. 
Aktiviti ini bagus dilakukan sebaik sahaja bayi dalam kandungan berusia lima bulan. Ianya baik untuk merangsang telinga dan menenangkan bayi. 
Banyak kajian menunjukkan fetus menunjukkan tindak balas terhadap muzik jika dilakukan secara konsisten. Muzik atau alunan yang di dengar sejak di alam rahim akan memberi ketenangan kepada bayi setelah lahir.





2. Kerap Berbicara
Kerap berbual-bual dengan bayi anda seolah-olah bayi sudah dilahirkan. Sambil bercakap, sambil urut lembut bahagian perut ibu. Dengan cara ini, bayi akan mengenali suara anda.



3. Sentuhan
Ibu pasti sering mengusap perut, menyentuh malah menepuk lembut perut kan? Tahukah anda, itu salah satu bentuk komunikasi dengan bayi di dalam rahim. Anda boleh jadikan aktiviti menyapu krim untuk elakkan 'stretchmarks' sambip menyanyi / berbual / memperdengarkan bacaan Al-Quran.


4. Cahaya
Bayi dalam kandungan juga memberi tindak balas kepada cahaya. Contohnya, anda berjemur di kawasan pantai. Bayi juga turut merasa hangat/panas. Elakkan juga jakuzzi kerana bayi juga akan berasa panas. 

Jika ibu sering melakukan rangsangan pada bayi secara konsisten, ia akan menjalinkan pertalian yang erat dengan ibunya. Peruntukkan masa yang khusus untuk merangsang bayi anda setiap hari ☺️



PENGEDAR SHAKLEE SEJAK 2013

💗 Klik SINI jika berminat untuk mendapatkan produk Shaklee secara online.

💗 Untuk direct whatsapp, klik SINI

💗 Ell : 0167113576

.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'

LIKE MY FanPage: Success Familia
Follow my Instagram : el_naomie



No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...