December 04, 2017

HARI KEDUA : STAR LIBRA CRUISE (5 HARI 4 MALAM)

Hari Kedua 

Alhamdulillah, tidur lena dalam kabin dalam Libra Cruise. Waktu solat subuh kena make sure pukul berapa dan arah kiblat kena tentukan guna kompas. Arah kiblat untuk solat memang berubah-ubah. 

Bilik atau kita panggil kabin lengkap dengan semua keperluan kita. Cuma saiz nya memang mini. Agak kecil tapi selesa. Ada katil single untuk 2 orang. Dan juga ada katil extra yang dilipat ke atas. Kiranya 1 kabin ini boleh memuatkan 3-4 orang. Tapi trip kami hanya 2 orang ditempatkan dalam 1 kabin. 

Ada juga televisyen tapi saya jarang tengok. Sebab kita banyak habiskan masa di luar. Rugi la kalau duduk bilik je kan. Dalam tv ni juga, kita boleh lihat kedudukan kapal berada di mana. Dalam gambar di bawah ini pula, tengah tengok keadaan di depan kapal. Kecik je tv nya. Atas tv tu ialah life jacket. 




Selepas solat Subuh, kami terus ke deck 4 untuk sarapan pagi. Kali ini kami memilih Four Seasons Restaurant. Restoran yang cantik dan berkonsepkan makanan barat (western food). 

Makanan best sangat. Pelbagai pilihan secara buffet. Bukan setakat buffet sahaja, dia bagi pula kita 1 kertas di mana kita boleh pilih nak makan special menu untuk hari tersebut. Menu special hari itu ialah pancake. Kawan saya pula order omelette cheese. Semua ini free 

Lepas sarapan, kami ke deck 9 untuk acara senamrobik dan Scavenger Hunt



Best senamrobik ni, memang enjoy la semua. Bersenamrobik di atas kapal dengan disinari cahaya matahari pagi. Cewahhh

Habis je senamrobik, kita ada aktiviti yang lagi menarik iaitu Scavenger Hunt. Hadia pun best ya amaattt




Hadiah-hadiah dalam Scavenger Hunt ni best-best sangat. Hadiah ni akan kita gunakan pada keesokan harinya di Phuket. Hadiah utama, Sea Walker. 

Kami diberikan tugasan untuk mendapatkan password dan signature pekerja yang bertugas. So, puas lah kami ke sana sini, naik turun deck 4 sampai 10. Keputusan pemenang akan diberikan pada waktu dinner nanti. Dinner malam ini bertemakan Sarong Nite. 










No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...