December 03, 2017

PENGALAMAN BERCUTI BERSAMA SUPER STAR LIBRA CRUISE (PORT KLANG - LANGKAWI - PHUKET - PENANG - PORT KLANG)

Assalamualaikum, dan salam ceria semua 😄

Bulan lepas, saya berpeluang menyertai National Trip Shaklee 2017. Tahun ini, untuk national trip, Shaklee telah menawarkan percutian yang memberikan pengalaman berlayar di dalam sebuah kapal bernama Super Star Libra Cruise.

Trip ini ialah trip 5 hari 4 malam iaitu pada 22 November 2017 hingga 26 November 2017). Mula berlayar di Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang - Port Klang.


Kami diberi pilihan untuk berkumpul di check point yang diberikan oleh Shaklee. Dan check point pilihan saya ialah di KLIA2 kerana saya menaiki flight dari Senai, Johor terus ke KLIA2.

Sampai KLIA2, perut dah berkeroncong


Kemudian, kami terus ke level 1 di KLIA2 untuk naik bas yang disediakan oleh Shaklee. Kami menaiki bas ekspress pada jam 4 petang dan terus menuju ke Port Klang. Di Port Klang pula, passport diberi kepada pihak cruise untuk urusan imigresen. Kerana trip ini ke Phuket, Thailand. Kalau kita ikut trip dalam Malaysia sahaja, tak perlukan passport.

Di Port Klang, ambil masa dalam 1 jam juga untuk urusan imigresen, edarkan kad akses (access card) , agihan meal allowance (ini untuk pengedar Shaklee sahaja) dan sebagainya. Kami juga diberikan voucher untuk tebus 3 minuman (air kelapa, just tembikai dan jus oren) sepanjang berada dalam trip Libra Cruise ini.


Ini ialah akses kad yang kita kena jaga dan bawa ke mana-mana. Di dalam cruise, semua transaksi tidak menggunakan cash. Semua menggunakan kad akses ini. Kad ini juga merupakan kunci bilik kita dan perlu di swipe bila nak makan di dalam cruise. 


Jika kita nak beli barang atau servis di atas cruise ini, kita hanya bayar pakai kad ini. Malam terakhir kita di atas cruise, baru kita setelkan semua bayaran di kaunter.

Tentang makanan, jangan risau. Pakej Libra cruise ni dah termasuk dengan makanan sekali. Makanan diberi sebanyak 4 kali. Sarapan, makan tengahari, makan malam dan supper. Haa memang makan je la kerjanya atas cruise tu hehehe


Hari Pertama

Kami masuk ke dalam cruise hampir pukul 7 malam. Masuk je terus bagi akses kad untuk staff mereka swipe. Ini untuk buktikan yang kita dah masuk dalam cruise. Senang mereka nak detect ada yang belum masuk ke, berapa total semua dalam cruise dan sebagainya.





Hari pertama masuk cruise pun dah malam kan. Jadi, letak beg dalam bilik. Terus kami pergi makan malam. Kami naik ke deck 9 untuk makan di Mediterranean Restaurant. Ada pelbagai makanan yang disediakan disini. Dan hidangan secara buffet. Makan ni kira aktiviti wajib la kat sini hehe

Di sini, ada beberapa pilihan restoran untuk kita pilih. Ada yang berkonsep western (Four Seasons Restaurant) , ada makanan melayu (Spices Restaurant) , ada yang berkonsep cafe (Mediterranean), Blue Lagoon dan Ocean Palace (Non Halal).

Lepas habis makan, dah kenyang, kita jalan-jalan sekitar cruise. Kemudian, sebelum kapal berlayar, kami semua penumpang dalam Libra Cruise ini perlu menghadiri  Safety Drill. Ini ialah aktiviti WAJIB. Semua orang perlu tahu cara menyelamatkan diri andai sesuatu yang buruk berlaku kepada kapal.

Kami diajar cara memakai life jacket khas, dan penerangan diberikan dalam bahasa inggeris dan bahasa cina. Selepas itu, kami di bawa ke bahagian hujung kapal dan ditunjukkan bot-bot penyelamat yang disediakan. Ianya mencukupi untuk semua penumpang termasuklah anak kapal. 1 bot penyelamat boleh memuatkan 150 orang dalam satu masa. Kehadiran penumpang dalam Safety Drill ini di ambil oleh pekerja cruise. Didoakan semoga perjalanan kami lancar dan selamat.

Habis safety drill, kami pun terus balik ke bilik masing-masing dan tidur. Kena cukup tidur sebab esok ada aktiviti lagi.

Opsss... Kalau siapa yang rasa lapar lagi, boleh la naik ke deck 9 untuk supper 😄

Hari ke 2 dan seterusnya, saya buat entry lain ya. Terima kasih kerana sudi membaca






No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...