January 22, 2014

Air Kencing Berbuih Tanda Masalah Ginjal??


Pernah tak anda terfikir kenapa baru-baru ni tiap kali kencing ada buih? Aku banyak minum susu pekat ke? Macam mana kalau saya kata jika anda abaikan gejala ni, tiba-tiba anda kena gout. kaki bengkak bisa tak boleh nak gerak. Takut tak? Haa..kencing berbuih ni petanda awal kegagalan buah pinggang tau. 



Air kencing sebenarnya datang dari cecair yang kita minum atau cecair dari makanan yang kita makan. Ia adalah bahan buangan hasil dari tapisan buah pinggang. Air kencing boleh menjadi keruh dan berbuih jika banyak protein terlepas dari tapisan buah pinggang.

Secara normal, buah pinggang akan menapis protein daripada keluar melalui air kencing kecuali terdapat masalah pada sistem penapisan buah pinggang seperti keradangan sistem penapisan yang dipanggil sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.

Kita sebenarnya dapat mengesan masalah kesihatan melalui air kencing. Dahulu kala, pengamal perubatan mengesan penyakit kencing manis dengan membiarkan air kencing di lantai dan perhatikan samada semut tertarik atau tidak. Jika semut suka pada air kencing tersebut, menunjukkan kandungan gula atau glukosa dalam air kencing itu adalah tinggi.

Air kencing juga ada masanya dirasa atau dihidu untuk mengesan penyakit tertentu seperti takungan ‘ketones’ berpunca daripada metabolisma lemah bagi tenaga sekiranya glukosa tidak dapat digunakan badan. Bau ‘ketones’ wangi dan berasa manis.

Menurut Dr. Thamby, air kencing adalah bahan kotoran yang keluar daripada hasil tapisan buah pinggang. Jika banyak protein tercicir keluar dari buah pinggang, air kencing menjadi keruh dan kelihatan berbuih. Protein biasanya tidak keluar dari buah pinggang kecuali sistem penapisan buah pinggang terganggu seperti keradangan sistem penapisan yang dikenali sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.

Apa itu glomerulonefritis? Juga dikenali sebagai nefritis glomerulus adalah penyakit ginjal ditandai dengan peradangan pada glomeruli, atau pembuluh darah kecil pada ginjal.

Air kencing berbuih kerana kehadiran protein boleh menyebabkan keadaan yang tidak normal pada buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal.. besar kemungkinan kita berpotensi mengalami sakit buah pinggang.

Menurut Dr. Edward Otten dari University Cincinnati pula, bila warna air kencing jernih seperti air minum maksudnya ok.. takde masalah kesihatan, penyakit dan sebagainya. Tapi kalau warna seakan lemonade atau kuning muda, tubuh kita berada pada tahap ok tapi perlu minum air lagi.

Dan kalau warna coklat-coklat macam jus epal tu ataupun kuning tua.. maksudnya kita kekurangan air dalam badan.. mesti minum lagi banyak air lagi..

kalau warna kuning tua, coklat atau macam warna coca-cola pulak?.. segera lah berjumpa doktor.. takut-takut ancaman radang buah pinggang mengekori anda.
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PENYEBAB
Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGY
Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.

GEJALA
Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

DIAGNOSIS
  1. Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
  2. Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.
  3. Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu
  4. 4. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.
KOMPLIKASI
  1. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
  2. Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  3. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
  4. Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  5. Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  6. Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.
PERAWATAN
  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
  • DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.
Sumber :
http://drazwan.blogspot.com/2007/10/nephrotic-syndrome-dan-perawatan.html
http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/03/16/kenapa-air-kencing-berbuih/ 

http://www.freevitamin.my/2014/01/air-kencing-berbuih-kerana-protein.html#.Ut9yU_sRVJE


Penawar untuk mengembalikan semula fungsi buah pinggang cadangan kami adalah Vivix. Uniknya Vivix kerana ia adalah tonik anti penuaan selular yang mampu membaik pulih sel hingga ke tahap selular DNA. 

Untungnya menggunakan Vivix sebagai ikhtiar kerana bukan sahaja organ tertentu mendapat manfaat, malahan seluruh tubuh badan. Penggunaan berterusan mampu mengembalikan keremajaan tubuh sehingga 25 tahun lebih muda berdasarkan penyelidikan ke atas resveratrol. Jom dapatkan VIVIX pada harga berpatutan dan free postage.


Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 906151] 
♥ Contact No : 016-7113576 
♥ Emel : suhaily.aj@gmail.com 
LIKE MY FanPage: El Naomie Vitamin's House

No comments:

Post a Comment