Q: "Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai
kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai
langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang
membantu kesihatan kulit."
A: Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.
Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan
dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit
tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman
seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil
makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh
menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh
12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan
kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula
yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi
dengan karbohidrat.
Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat
ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan
berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara
kepada masalah jerawat.
Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.
Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.
Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.
Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.
Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten
(pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan
membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.
Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki
keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu
menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA)
daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah
jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan
kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan
minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki
kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.
Dari artikel di atas, apa yang boleh simpulkan bahawa nutrien-nutrien ini dapat membantu masalah kulit:
1. Rendah indeks glisemik
2. Vitamin A
3. Vitamin C
4. Vitamin E
5. Asid lemak omega-3
6. Asid lemak omega-6
7. Gamma linolic acid (GLA)
Produk Shaklee yang disarankan berdasarkan saranan di atas:
ESP |
Vitamin A |
Vitamin C |
Vitamin E |
Omega Guard |
GLA COMPLEX |
Perunding Vitamin Anda
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 906151]
♥ Contact No : 016-7113576
♥ Emel : suhaily.aj@gmail.com
LIKE MY FanPage: El Naomie Vitamin's House
No comments:
Post a Comment